Kegelapan mewarnai dada langit. Tak banyak bintang yang menemani malam. Bulan pun tiada. Aku setia berdiri di sisi tingkap bilikku. Merenung kosong kegelapan malam yang terbentang di hadapan mata. Fikiranku melayang-layang ditiup angin perasaan. Perbualan bersama Hadif masih terngiang-ngiang di telinga.
Apa agaknya hasil perbincangan kami nanti? Tercapaikah impian Ummi dan Auntie Sarah untuk menyatukan kami? Sesungguhnya aku tidak pasti. Susah untuk aku meramal. Ah, andai dah tersurat jodoh aku dengannya, tiada apa lagi yang mampu aku lakukan. Dan andainya ditakdirkan tiada jodoh antara kami pun, Ummi dan Auntie Sarah harus menerimanya.
Rambut yang panjang melepasi bahu terasa melemaskan tiba-tiba. Segera aku berganjak dari tempat ku berdiri lalu melangkah menuju dressing table. Hairclip hitam di capai. Lancar tanganku mengaut rambut membentuk tocang sebelum dikepitkan dengan hairclip.
Handphone berlagu Curtain Fall. Pantas aku menggapainya yang kebetulan turut berada di atas dressing table. Aku tersenyum nipis saat membaca nama yang tertera. Pasti dia nak bertanya hal pejabat ataupun berbual pendek untuk mengisi masa kesunyiannya seperti selalu. Sunyi tinggal kat hotel seorang diri - itu aje alasan yang selalu dia guna sekiranya bukan urusan kerja yang menjadi topik perbualan kami.
“Assalamualaikum…” Aku bersuara perlahan. Jam di atas night table menunjukkan pukul 10.35 malam.
“Waalaikummussalam, honey. Tak tidur lagi?” Secepat kilat aku menjarakkan handphone dari telinga. Merenung tak percaya pada seketul alat penghubung berwarna silver dan biru itu. Apa ke hal tetiba panggil aku Hani nie?
“Awal lagi… baru pukul 10 lebih,” jawabku setelah beberapa saat berlalu. Apabila rasa tak percayaku menyusut.
“Erm… I balik esok. You tak nak pesan apa-apa ke sayang?” tanyanya lembut. Aku terkedu dengan panggilannya padaku. Angau kat siapa pulak mamat ni? Sampai aku sekali terkena aura-aura mushy dia. Hai, awek bermata hijau mana la yang dia ‘cekup’.
“You hold on kejap boleh tak?” ujarku tanpa menjawab soalannya.
“Why?”
“I rasa loya la tiba-tiba. Nak vomit nie,” kataku bersahaja. Ada nada perlian yang aku biaskan dengan sengaja. Sesedap kicap tamin je dia panggil aku sayang, getusku sendiri. Aku menghayun langkah kaki ke katil.
Serta-merta ketawanya berbuah dari hujung talian. “I panggil you sayang pun, nak muntah ke? Or you nak I panggil you darling je?”
Aku menggeleng kepala perlahan. Sah boss aku sorang ni tengah tak berpijak dibumi nyata. Aku duduk di birai katil dengan telinga yang masih bertelekap dengan handphone.
“Perempuan mana yang ‘songlap’ hati you ni? Sampaikan bahasa pun ‘jiwa-bangsa’ betul!”
“Ada la. Tak boleh cakap sekarang. Balik Malaysia nanti I’ll tell you…” Dia cuba berahsia. Tidak mahu menceritakan lebih-lanjut tentang siapa jua yang bertakhta di hatinya itu.
Namun, aku diserang keraguan. Boleh percaya ke kata-kata dia? Wujud ke perempuan tu. Takpun dia saja nak main-mainkan aku. Mana lah tahu. Dah kerap sangat dia amalkan sikap macam tu sekarang ni.
“Macam-macam you ni…” suaraku acuh tak acuh. Aku merebahkan diri di perbaringan. Mata mula terasa memberat. Minda yang ligat berfikir seharian terasa letih tiba-tiba. “Ezany, I rasa ngantuk la. Kita continue borak pasal girl you tu, Monday ni je la, ek?” pintaku dalam mata yang terpejam rapat. Rasanya aku ni, bila-bila masa saja boleh terlelap. Sebelum Ezany mengomel sorang-sorang di talian, lebih baik aku tamatkan perbualan.
“Ok. I tahu you mesti letih menguruskan kerja kat pejabat tu…”
“Mmm…” Aku semakin hanyut dibuai kesedapan tilam empuk di bawah tubuhku.
Dan setelah mengucapkan goodnight, pantas aku melemparkan handphone di sisi. Terus membaringkan diri di situ.
little chit-chat :
a short n3… I know… :D honestly, I’m still on cloud 9. still ‘floating’ from ‘unthinkable’ + unexpected birthday surprise. Yet, I’m deeply touch + still feel like crying (I did cry this afternoon!). And of course, I have my crony to blame it on… hehehe…
Eita nak amik kesempatan nak ucapkan terima kasih untuk:
1. my crony - kak biru, kak nina, kak ryn, kak infa + itikQ untuk kad besday berangkai + gift tu (buat malu jek nangis depan mbr! :( derang pn terdiam tgk eita nangis… huwaa… br kini terasa malunya) dan the last one, kak pink (yg juga dpt surprise gift tu) untuk tarukubi yg cute… luv u all… muahh!! :D
2. along, atas kiriman bunga lavender yg harum mewangi semerbak… sedap sungguh bau dia! Cyg dia dr dulu lg…
3. ina, tuk n3 khas yg dia buat tuk eita. Really appreciate it. Thanks, sis!
4. last but not least, semua yg wish hepi besday serta ucapan + doa tuk eita. TQVM….
p/s: maaf, eita x dpt nk reply msg di t-board or komen… blogdrive buat hal… eita x dpt masuk ke rumah sdr… :( dah bbrp mlm jdk cam ni...
