“Siapa?! Siapa?! Siapa?!” Bertalu-talu aku bertanya pada Lynn di hujung talian. Begitu excited. Penuh rasa tidak sabar. Tegak aku duduk di kerusiku.
Berita panas dan hangat bak goreng pisang yang Lynn khabarkan dua tiga saat yang lalu membuatkan hatiku melonjak gembira. Kalau boleh buat cartwheel dalam pejabat aku ni, sekarang jugak aku buat.
“Aku tak nak cakap sekarang…” katanya berselit ‘penderaan’. Aiseh, member aku ni! Nak dera mental aku ke?
“Sampai hati kau seksa batin aku, hun…” ujarku dalam nada berpura-pura lirih. “Kau tahu tak, betapa aku ingin tahu ‘Fernando Morientes’ manalah yang dah mencuri sekeping hati milik saudaraku ni. Tak tertanggung rasanya jiwaku ini menanti.” Aku tidak lupa menyedut oksigen sedikit kuat hingga berbunyi. Kemudian, aku gosok batang hidungku buat seketika. Seolah-olah hidungku berair akibat menangis.
Lynn tergelak. Kuat. Bergema di corong telefon. “Kau ni masuk kelas teater tak ajak aku ek? Kejam betul!”
“Itu la... sapa suruh asyik sangat dengan calculator kau tu...”
“Oii, hina calcalutor aku? Kalau tak der calculator yang berbutton-button nie, tak jalan tau kerja aku!” Aku ketawa mendengar nada suaranya yang seakan-akan marah. Aku tahu dia bukannya marah betul. Sekadar main-main. Sebagai seorang Quantity Surveyor, dah termaktub dalam senarai tugas Lynn kepentingan sebuah calculator. Satu benda yang wajib ada.
“Ooo… last week aku pergi rumah kau tak nak cerita…” Aku bersuara seakan berjauh hati. Musykil. Kenapa baru sekarang dia khabarkan padaku. Kenapa tidak minggu lepas. Kalau minggu lepas dia bercerita, ada peluang jugak aku nak mengorek semua rahsia dia. Patutlah waktu aku ke rumahnya, dia happy semacam. Rupanya orang tengah ‘angau’. Lynn, Lynn…
Tawa Lynn menembusi corong telefon. “Masa tu tahap ‘angau’ tak teruk. Masih di tahap minimum. Aku pun malas nak cerita lagi…”
“Then, sekarang ni dah kronik?”
Dia ketawa lagi. “More than 1000% kot…”
Ketawa kami berpadu.
“Memang sah kronik!!! Cakap la dear, who’s the guy?” pujukku lembut setelah tawaku reda. Cuba memujuk dia membuka mulut. Entah kenapa berat pulak dia nak bercerita pasal lelaki yang berjaya ‘menakluki’ hati dia tu. Hairan aku. Selalunya pantang ada cerita panas, cepat aje mulut dia meluahkan. Tak perlu di soal dulu.
“Aku tak nak bagitau nama dia lagi. Sebab aku pun tak sure dia ada feeling kat aku atau tak. Nanti bila dah ‘confirm’ aku dengan dia, aku bagitau semua detail info pasal dia kat kau.”
“Dia belum tau lagi kau sukakan dia?” Aku bertanya.
Meja drawing di sebelah kanan bilikku menjadi perhatian. Berselerak meja itu dengan drawing, technical pen, marker, set-square dan T-square. Sebelum Lynn menelefon tadi, di situlah tempatku menghabiskan masa. Menyiapkan drawing.
“Belum. Tapi aku dapat rasa yang dia pun sukakan aku. Maybe dia pun takut nak admit perasaan dia kat aku. Bukan girls jer yang tau malu, kan?”
“Ya tak ya jugak,” akuiku. “So, who’s going to take the first move?”
“Don’t know. Aku tak de guts la to tell him about my feeling. Tapi, aku nak beritahu jugak nanti, Insya-ALLAH. Pray for me dear…” pintanya tulus.
“I will…” janjiku padanya. Sebagai seorang kawan baik merangkap ‘saudara’nya, hanya itu yang mampu aku lakukan. Berdoa untuk dia.
“Aku dah plan nak buat proper introduction antara kau dan dia nanti. Bila kami dah diiktiraf sebagai dot-dot-dot la, of course. Kau boleh berkenalan dengan dia.” Lynn memaklumkan apa yang terancang di fikirannya.
“Aku akan tunggu good news tu… Alhamdulillah, getting married jugak my dear sister aku ni…” usikku dengan senyuman berbunga. Aku tak menyangka, panggilan Lynn bakal menyampaikan perkhabaran ‘indah’. Hatinya sudah terpaut pada seorang lelaki yang namanya masih di rahsiakan dari pengetahuanku. Aku benar-benar rasa gembira. Dah lama Lynn hidup single-mingle. Sejak dia break-up dengan Hairie sewaktu tahun pertama di UK dulu lagi.
Buat beberapa tahun kebelakangan ini, Hairie bagaikan lelaki yang pertama dan terakhir dalam hidupnya walau mereka telah berpisah. Bukanlah Lynn masih sukakan Hairie. Cumanya, dia terlalu sukar nak menerima lelaki lain dalam hidupnya. Semua lelaki yang ingin berkenalan, di tolak. Katanya hati nan satu itu, belum terbuka untuk mana-mana lelaki. Dan kini, muncul seorang lelaki istimewa yang bakal mengisi kekosongan hatinya. Aku tumpang gembira.
“Kalau ada jodoh...” katanya berbaur harapan. “Kalau kau nak tahu, aku kenal lelaki tu sejak aku mula kerja lagi.”
“Dia co-worker kau ke?” Aku memotong bicaranya, ingin tahu.
“Tak. Dia kerja dengan developer. Tapi kami kerap juga berjumpa. Maklumlah, company aku dilantik jadi consultant untuk beberapa projek yang syarikat dia buat. Twice or once a week, mesti kami bertemu. Sometimes, balik dari site, kami singgah makan-makan dulu. Bersembang pasal projek over lunch.”
“Eleh… betul ke talk about business? Macam tak caya je aku…”
Lynn ketawa senang hati. “Well, ada la hal peribadi sikit-sikit. Talk about business je pun, boring jugak.”
“Thought so. And besides dari lunch lepas balik dari site tu, takkan tak pernah keluar berdating kot?” Lynn ketawa kecil menyambut soalanku. “Macam tahu-tahu je kau ni. Tak boleh nak berahsia langsung. Kitaorang pernah keluar sekali je. Jalan-kalan pusing KL…”
“Erm.. that’s a good sign. Dia sudi keluar dengan kau. Maknanya, dia pun ada hati dekat kau jugak la..” telahku seakan dapat menangkap sesuatu dari date Lynn dan jejaka misteri itu.
“I hope so. Moga-moga benar dugaan kau tu…”
“Hmm… syoknya la orang tu hidup di awan biru,” kataku bersahaja. Sengaja nak menyakat dia. Pastinya dia sedang berbahagia tika ini.
“Tu dah tentu. Dah lama aku tak berperasaan macam ni. Eh, asyik pasal aku je. Kau tu, tak de apa-apa hot and breaking news ke?”
Aku terpaku sejenak. Soalan yang diutarakan Lynn mengundang debar di hatiku serta-merta. Debar mengingatkan esok hari. Hari penentuan. Spontan tanganku mengapai pen merah di dalam pencil holder. Ligat jari-jemariku memutarkannya. Seolah dengan berbuat begitu, debar di hati berkurangan.
Patutkah aku memaklumkan pada Lynn tentang rancangan Ummi? Sekarang? Di saat kata putus belum di capai. Aku gundah sendiri. Tetapi, bila difikirkan dan ditimbang-tara semula, aku rasa lebih baik aku pendamkan dulu rancangan Ummi itu. Menanti sehingga keputusan telah di buat antara aku dan Hadif.
Lagipun, aku tak pernah bercerita tentang Hadif pada Lynn. Malah, Lynn bukannya tahu sangat detik percutian aku ke Penang dua minggu lepas. Tidak banyak yang aku ceritakan pada dia. Ye lah… selain dari berjalan-jalan petang Sabtu itu, apalagi yang nak dikhabarkan? Kalau nak membuka hikayat tentang keluarga Auntie Sarah pun, bukannya dia kenal. Ditambah pulak, Lynn seakan tak kisah dengan percutianku itu. Ah, buat apa dia nak pasang telinga lama-lama mendengar cerita tak menarik aku tu, sedangkan bukannya dia tak pernah ke sana.
Akibat tidak mahu membuka hal yang menyaratkan hati dan fikiran itu, aku menceritakan pertemuan bersejarah yang berlaku pagi tadi. Pertemuan antara aku dan NorHanani, salah seorang kenalanku di sekolah menengah. Aku nyaris tak mengenalinya. Badannya yang dulu kurus, dah semakin berisi. Menyukarkan aku untuk mengecam wajahnya. Mujur jugak dia masih mengecam wajahku. Dan dialah yang menegurku ketika aku berada di hadapan pintu utama bangunan tempatku bekerja. Lalu kami berborak sebentar, bertukar-tukar cerita pendek di antara kami.
Lynn tak pernah bersua muka dengan NurHanani. Tetapi dia tahu sedikit sebanyak tentang wanita yang sudah berumahtangga itu. Manakan tidak, sewaktu di UK dahulu, kami sering berkongsi cerita perihal kawan masing-masing. Mengimbau zaman sekolah menengah di negara asing.
Lynn setia menadah telinga di sebelah sana. Sesekali dia menyampuk bertanya itu dan ini. Dan setelah 10 minit berlalu, kami menamatkan perbualan. Menyambung tugas yang menanti.
little chit-chat :
[ the picture has been removed ]
blog satu lg eita ada letak pic kt latest n3, which is 2 days ago. so, terpaksalah be fair. 2-2 blog kena letak.
pic ni pun baru amik petang tadi jek... :D eita x suka sgt bergambar n klu x silap latest pic diri sdr yg eita ada pun, hari ahad lepas (tp pic kepala je. tu pun amik sbb konon2nya nk bg 'hadiah' tuk crony. hehehe) and yg paling latest lepas tu plak, about 1 1/2 year ago. raya tahun ni pun x amik gambar... n pic yg 1st time eita letak dulu tu pun, klu x silap year 2003...
HEPI READING!!
utk crony, 'hadiah' tu bersambung ke sini pulak ye... :D itikQ, dah bersambung di sini dah, kira teramat ikhlas la kan? :P
salam sayang untuk semua...eita
