Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 59
Monday, November 28, 2005

Hari Ahad. Hari yang dinanti. Hari yang bakal menentukan, ikatan antara aku dan Hadif termeterai atau tidak. Gementarnya dada menunggu kedatangan dia, ALLAH saja yang tahu. Semalaman tidurku tak lena, diganggu dek bayangan kejadian yang bakal terjadi siang hari. Bermacam imaginasi bermain di kepala.

Usai solat Zuhur, aku terus menyiapkan diri untuk pertemuan petang ini. Aku memilih blouse berwarna baby blue, skirt labuh warna senada dan tudung biru lembut bercorak abstract. Tak putus-putus aku cuba mengurangkan debar yang memenuhi dada. Namun sukar. Setiap saat yang berlalu bagaikan memaksa jantungku untuk berdegup lebih kencang.

Setelah berpuas hati dengan penampilan diri, aku keluar dari bilik menuruni anak tangga ke tingkat bawah. Jam di ruang rehat dah menunjukkan angka 2.20 petang. Maknanya, kurang dari sepuluh minit, kelibat Hadif akan muncul di halaman rumahku. Apakah reaksiku bila berhadapan dengannya? Nervous sudah tentu…

Aku bertembung dengan Kak Sofea di anak tangga terakhir. Dia melemparkan senyuman.

“Ha.. dah turun pun. Akak baru je nak cari Hani kat bilik,” tegur Kak Sofea.

“Cari Hani? Kenapa? Akak nak bagi tips penting ke sebelum Hani keluar?” usikku tanpa melangkah melepasi anak tangga terakhir. Kami berdiri setentang. Aku di anak tangga pertama dan dia di bawah.

Dia ketawa lepas. “Hadif dah sampai. Dia ada kat ruang tamu, bersembang dengan Ummi dan Along.”

Demi mendengarkan jawapan balas Kak Sofea, terasa jantungku berhenti berdegup. Dia dah datang? Sekarang? Janjinya 2.30 petang. Masih ada 10 minit lagi sebelum dia menonjolkan dirinya. Buat apa dia datang awal?

“Pergilah ke depan. Akak nak buat air.” Dengan itu dia berlalu ke dapur.

Aku berjalan ke ruang tamu. Terdengar suara-suara lelaki berselang-seli dengan suara perempuan sebaik aku menghampiri. Entah apa yang mereka bualkan.

“Senang cari rumah?” Kedengaran suara Along ramah bertanya.

“Saya dah biasa jugak dengan area sini. Jadi, tak adalah susah sangat nak cari,” satu suara lelaki menyambut pertanyaan Along. Suara Hadif. Kaki terasa berat untuk melangkah tiba-tiba. Lutut terasa lemah. Debaran di dada bertambah pantas. Pertemuan kali ini berlainan rasanya dengan pertemuan kami yang dahulu. Entah kenapa aku gementar untuk berhadapan dengannya. Tidak seperti dulu. Agaknya perasaan aku padanya yang membuatkan aku begini…

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Setelah yakin dan bersedia, aku kembali menyusun langkah.

“Assalamualaikum…” Aku memberi salam perlahan. Ketiga-tiga mereka menghentikan perbualan seraya berpaling ke arahku. Aku menjadi perhatian tiga pasang mata kini. Dalam keadaan serba tidak selesa itu, aku memberanikan diri memandang Along dan Ummi sebelum menghentikan anak mataku di wajah Hadif. Buat beberapa saat, pandangan kami bertaut. Menatap wajahnya, terbang segala kerinduan yang bersarang sejak beberapa hari yang lalu.

“Dah lama sampai?” tanyaku dengan senyuman nipis. Sekadar berbasa-basi.

Dengan lesung pipit berlekuk di pipi, dia menjawab, “Baru aje.”

Dah lama tak tengok lesung pipit tu, bisikku sendiri.

Aku berjalan mendekati Ummi lalu melabuhkan diri di sisinya. Aku pasti, kami pasti tidak akan bertolak sekarang. Tambah pulak, Kak Sofea sedang menyediakan minuman di dapur. Ummi confirm takkan membenarkan Hadif membawaku keluar tanpa menjamah apa-apa dahulu.

Ummi kembali bersuara, meneruskan perbualan yang terganggu sekejap tadi. Along juga tidak lupa melemparkan pandangan dan pendapatnya terhadap topik yang dibualkan. Hadif pula menyampuk sesekali, apabila Ummi dan Along bertanyakan pendapatnya. Aku? Hanya mengangguk dan tersenyum ketika perlu. Tidak teruja atau excited untuk bercakap berlebihan. Untung juga Ummi dan Along tidak menegur tingkah luarbiasaku itu. Mungkin mereka memahami apa yang bersarang di dadaku.

Seketika kemudian, Kak Sofea datang menatang dulang berisi minuman. Diletakkan di atas coffe table lalu dihidangkan. Sesudah itu, dia melabuhkan diri di sebelah kiri Ummi.

“Jemputlah minum,” Ummi mempelawa sambil mengangkat segelas air anggur dan meletakkannya di depan Hadif.

Menerima pelawaan Ummi, Hadif meneguk air yang dihidangkan untuknya. Aku memerhatikan kelakuannya. Begitu juga Ummi dan Kak Sofea. Cuma Along yang ‘sibuk’ membasahkan tekaknya. Hadif kelihatan sedikit segan apabila menyedari dirinya menjadi sasaran kami bertiga.

Aku mencuri pandang jam di tangan. Jarum panjang sudah melebihi 2.30 petang. Pukul berapa kami nak bertolak, aku tertanya. Takkan dia dah ubah fikiran dan merancang untuk berbincang di sini? Di rumahku? Langsung tiada tanda-tanda yang dia mahu berganjak dari tempat duduknya. Bangun berdiri apatah lagi…

Sekali lagi, aku memandang ke arahnya dan tanpa kusedar, dia turut menghalakan pandangan ke arahku. Aku mengunjukkan jam di tangan. Dengan harapan dia mengerti maksudku. Aku bimbang seandainya kami bertolak lewat, lewat jugalah dia menghantarku pulang nanti. Dan sebolehnya aku mahu urusan kami selesai dalam jangka masa terdekat ini. Lebih cepat aku tahu keputusannya, lebih baik. Lebih cepat jiwaku berhenti bergolak. Tak perlu lagi aku berada dalam situasi ‘kacau-bilau’ begini.

“Erm… auntie. Saya nak minta izin dari auntie nak bawak Hani keluar. Petang nanti saya hantar dia balik,” pohon Hadif dalam nada penuh sopan. Lagak seorang jejaka berbudi bahasa. Aku tergamam. He’s calling me Hani?! Mana perginya Irdina?

“Auntie izinkan. Lagipun kan Auntie dah bagi kebenaran hari Jumaat tu,” ujar Ummi bersama senyuman. Seolah berbangga dengan perlakuan Hadif. Along tersenyum lebar merenungku. Tumpang berbangga mungkin. Ataupun cuba memberitahuku, pilihan Ummi memang tepat. Aku tak tahu.

Hadif bangkit dari sofa. Diikuti Along, Kak Sofea dan Ummi. Aku orang yang terakhir sekali berbuat begitu. Debaran di dada makin memuncak. Takut dan gentar bila memikirkan yang aku akan berdua dengannya untuk petang ini. Apa yang perlu kami bualkan untuk sepanjang waktu kami bersama ini?

“Bincang baik-baik. Ummi harap keputusannya positif,” bisik Ummi di telingaku tatkala aku menyalami tangannya.

Aku mengangguk perlahan. Hadif bersalaman dengan Along sebelum dia melangkah ke arah Rextonnya yang terparkir di luar pintu pagar rumahku. Aku mengikut jejak langkahnya bersama perasaan yang pelbagai. Semuanya bercantum di dalam jiwa.

Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusan kami nanti…

~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~

Sudah hampir 10 minit, Rexton bergerak meninggalkan kawasan perumahan. Tetapi tiada sepatah perkataan pun yang diucapkan oleh kami. Aku mahupun dia, asyik melayan perasaan sendiri. Kami membisu seribu bahasa.

“Hani nak pergi mana?” Tiba-tiba Hadif bersuara, menyentakkan aku dari duniaku sendiri.

He’s calling me by that name again! Tak pernah dia memanggilku dengan nama itu tatkala kami tinggal berdua. Well, there’s always a first for everything. Tapi, apa yang mendorongnya untuk memanggilku dengan nama yang sering kugunakan di kalangan orang yang rapat denganku?

“Saya ikut aje awak nak pergi ke mana…” balasku lambat-lambat. Aku mengerlingnya yang memandu di sisi, sesaat.

“Ok,” katanya dalam nada serius. Berakhir setakat itu, ‘edisi tegur-menegur’ kami. Tiada langsung riak kemesraan di wajahnya. Kenapa agaknya? Kenapa dia bertukar serius hari ni? Kalau nak dibandingkan air mukanya dengan air muka singa di zoo itu, rasanya air muka dia lebih menakutkan.

Ini kali pertama aku melihat dia dari sudut yang berbeza. Contrast benar dengan sikapnya yang gemar mengusik dan murah dengan senyuman. Umpama minyak dengan air. Berbeza yang amat. Disebabkan itu, aku malas mahu menjadi orang ‘terlebih ramah’ untuk hari penentuan ini. Biarlah aku ikut mendiamkan diri seperti dia.

Setelah 30 minit perjalanan yang diisi dengan dendangan lagu, Hadif membelok ke kanan. Memasuki perkarangan Damiral’s CoffeeHouse. Kawasan parking agak lengang, lalu Hadif memilih petak parkir yang paling dekat dengan pintu utama.

“Hani tak kisah datang sini?” Hadif bertanya setelah kami menaiki anak tangga ke pintu masuk Damiral’s.

“Nope,” kataku sedikit bosan. Bosan dengan sikap yang ditunjukkannya. Serius gila. Mujur aku tak mati kebosanan dalam Rexton dia. Apa kena agaknya? Ketika di rumahku tadi, okey aje aku tengok. Boleh tersenyum mesra. Malangnya, untuk 40 minit yang lalu, segaris senyuman pun susah untuk dia ukirkan. Dah senilai dengan barangan antik pulak. Ish, ish! Aku menggeleng di dalam hati.

Waiter yang menyambut kedatangan kami, membawa kami berdua ke sudut paling hujung di dalam coffehouse itu. Ke sebuah meja berbalut kain peach dan mengadap ke arah padang golf yang terbentang menghijau. Agak sejuk dan menyamankan suasana di ruang kecil yang bakal dihuni oleh aku dan Hadif.

“So… where should we start?” ujarnya setelah waiter yang mengiringi kami berlalu bersama pesanan. Sunglasses yang dipakainya, ditanggalkan dan diletakkan di atas meja. Reaksi wajahnya tetap tak berubah. Serius.

“Apa pendapat awak tentang rancangan ibu awak dan Ummi saya tu?” Terus aku mengutarakan pertanyaan. Direct. Puncanya, aku tak sanggup berlama-lama di sini dengan riak mukanya yang begitu. Tak ‘indah’ dan ‘sakit’ mataku melihatnya. Macam handsome sangat buat muka macam tu…

“Entahlah… It’s hard to say. Saya nak tanya beberapa soalan pada awak dulu sebelum saya beritahu awak apa keputusan saya tentang cadangan mereka. Jawapan saya bergantung pada jawapan balas awak.”

Hah?! Kenapa jawapannya bergantung pada jawapanku? Mustahil kalau aku berkata ya, dia akan berkata tidak. And vice-versa. Tak masuk dek akal…

“Awak dah ada pilihan sendiri?”

“Tak ada,” jawabku dalam gementar. ‘Permainan’ yang Hadif ‘anjurkan’ ini, menjadikan getaran di hatiku kembali bergendang.

“Ada sesiapa yang berjaya ‘mencuri’ hati awak sekarang?”

Ada. Awak. Jawabku di dalam hati. Pasti dia terkejut beruk kalau tahu siapa orangnya. “Tak.” Menipu.

Dia menarik nafas panjang. “Awak setuju dengan cadangan mereka?”

“Awak!! Takkan saya yang kena jawab dulu,” bantahku dalam rasa tidak puas hati. Tak adil kalau aku ‘hebahkan’ jawapanku sedangkan dia menyimpan ketat jawapannya. Lagipun, malu lah kalau aku yang ‘confess’ dulu yang aku bersetuju dengan rancangan Ummi. Buatnya dia tak setuju, naya aje. Reaksinya pun lebih terarah kepada jawapan negatif – keseriusannya, mimik mukanya, everything…

“Kan saya dah cakap, my answer depends on your answer. Awak setuju atau tak?” Nadanya kali ini seakan memaksa. Membuatkan hatiku gusar. Perlu ke aku nyatakan keputusan yang telah bersarang di mindaku sejak semalam…

“Setuju…” rendah nada suaraku tatkala menuturkan sepatah perkataan itu.

“Dengan kerelaan hati awak dan tanpa paksaan dari sesiapa?” soalnya lagi. Menginginkan jawapan yang jujur dan ikhlas dariku. Tajam renungannya singgah di wajahku.

Tanya banyak-banyak kali pulak mamat ni. Sekali cukuplah! Nak bagi aku malu ke apa?!

Namun, aku tahu selagi jawapanku tidak memuaskan hatinya, selagi itulah dia akan terus bertanya.

“Ya. Saya setuju atas kerelaan saya sendiri. Tak ada siapa yang memaksa,” jawabku yakin. Aku harap dia berpuas hati dengan jawapanku itu.

Selesai aku berkata-kata, Hadif bangun dari kerusi dan berlalu pergi dari meja kami tiba-tiba. Tanpa sebarang kata balas atau sepatah perkataan. Aku terkedu dengan tingkahnya. Apa kesalahan yang telah aku lakukan hingga begitu sekali tindakbalasnya? Adakah kerana jawapanku itu?

Is it a bad sign? Benarkah telahanku…

Mungkinkah dia…



little chit-chat :

tHinKing oF yOu
On yOur biRtHday,
wisHing yOu all
yOu hOld deaR,
hOping all Of tHe tHings
tHat yOu wiSh fOr
will be yOurs
in tHe cOming yeaR.

HAPPY BIRTHDAY, gengs!
semoga dalam lindungan ALLAH selalu…

a big fat hug from,
kak eita


*      *     *     *     *

Gengs


TQ so much 4 the besday gift! Posto dah sampai petang td. Akak sempat amik pic. :D
Hand-made card, hand-made box, Mr. Whity… akak tak tau nk cakap apa. Cuma terima kasih je yang mampu akak ucap. Thanks dear! A lot! And this new n3 dedicated specially for you… Selamat Hari Lahir, dik…

scribbled @ 23:45 |

gengs
November 29, 2005   12:03 AM PST
 
uikkss..terase banggenye diri ini sbb dpt special dedicated n3..:)
finalan
November 29, 2005   08:19 AM PST
 
salam kak eita..
rasa nak gugur baca n3 kali ni..
HAdif?? what's ur decision???hehehe>jampi sket<
birunila
November 29, 2005   10:10 AM PST
 
:( :)
hD
November 29, 2005   11:57 AM PST
 
org dh abes exam... lalalalalala... :-"

eita, kak pink... miss u 2! *hugs*

and I miss Hadif tooo... ;))

mesti hadif buat surprise, tu sbb dia blah kejap... tapi eita... jgn lah buat kitorang tunggu lama-lama... macam nak pecah je jantung ni tunggu surprise dari Hadif tu...

oklah dear... take care! :)
pinkJambu
November 29, 2005   12:06 PM PST
 
dhiya...missed uuu..gumuk2,byk2!!!

hadif *baca doa gak* puhhhh*tiup ka muka dia*

dun wori, konfem hadif pun dah jatuh shenta kat HANI..muahahahah,syoknya. *minta2 le masin mulut kakpink*ameen.
kLavu
November 29, 2005   04:19 PM PST
 
EitAAAAAAAAAAAAAaaa!!!!!!!!!!!!!!!!! bila lak nak ddcate tuk aku??????? huwaaaaaaaaa nex episode mesti ddcate tuk aku, sblum publish tu mesti soksek ngan aku dulu, klo aku tk approve storyline tu kena ubah ler muahahahaha
gengs
November 29, 2005   05:48 PM PST
 
ntah..ntah...hadif org yg leen suke..kahkahkahkah...
pinkJambu
November 30, 2005   12:11 PM PST
 
*tutup mulut gengs*
ishhh budak nih..ezany yg suka Gengs sebenarnya :P Hadif suka Hani jerr ;)

yang
pas ko, aku lak yek :) *kenyit mata kat eita*
itikQUACK
November 30, 2005   02:35 PM PST
 
duk dak duk dak *jantung berdegup kencang* tu hadif tu mesti dia nak ckp kat hani dia tak suka hani, dia suka kat saya, mcm mana ni kak eita, saya takut hani marahkan saya ni, saya tau hadif betul2 sukakan saya, saya pun tak dpt nak menghalang dia menyukai insan comel mcm saya ni, mcm mana ni?? duk dak duk dak *jantung berdegup semakin kencang*
eita
November 30, 2005   10:58 PM PST
 
gengs~it's ur besday ;) seronoknya dia meneka... doa la kot2 betul tekaan tu... :D

finalan~salam dik! keputusan hadif dlm next n3... jampi byk2 sket! ;)

kak biru~:D

hD~congrats xm dah habis. boleh la rush ngan ur story plak pasni. dah lama sC terpacak menanti kat umah hD. don't worry. kali ni sC x dera lama2. :D

kak pink~aik.. ari tu dah buat special dedication utk akak.. klu nk lg, kena tunggu next year plak. :P

kak klavu~ok! ok! next n3 special tuk akak lak. besday ari tu x sempat buat. hehehe. special n3 tuk org yg rajin jd pemerhati PBB ni. muaahh!

itikQ~hahahaha... lawak bebenor la budak sorang ni. miss u much! muahhhh!
pst. klu hani marah kat adik, akak pun nak tumpang dua belah kaki.. :P
iYA
November 30, 2005   11:23 PM PST
 
ahahha.... xde... bukan itikQ... tapi senarnya.. dia nak propose hani tuk EZANY.. wahahahha...
gengs
December 1, 2005   08:27 AM PST
 
itikQ>>amik..amik..ler hadif...hani perkenankan...s'mlm hani cite kat gengs....:)sbb hani nak kat ezany die kate..bkn gengs kate
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< November 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive