Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 60
Thursday, December 01, 2005

Lebih dari 10 minit telah berlalu…

Antara mahu menangis dan terkejut. Tak tahu yang satu lebih menguasai. Antara terus pulang atau menanti Hadif di sini, tak pasti keputusan mana satu yang harus aku ambil. Aku menghela nafas sedalam-dalamnya. Cuba membuang rasa sebak yang kian bertamu. Sampai hati Hadif buat aku begini. Kalaupun dia tak setuju dengan rancangan Ummi dan Auntie Sarah, janganlah tinggalkan aku terkontang-kanting. Bukannya aku tak boleh terima penolakannya kalau dia berterus-terang.

Air mata makin bergenang. Kesal dengan reaksi Hadif. Sungguh aku tak sangka, Hadif yang aku kenali di Penang dahulu, begitu berbeza dengan Hadif sekarang. Setelah puas dia ‘menyoal-siasat’, ditinggalkan aku begitu sahaja. Terasa maruahku dipermainkan. Apa dia fikir aku tak ada perasaan? Tak ada maruah diri?

Tidak sanggup untuk menanti lebih lama, aku mencapai purse lalu berdiri. Aku nekad. Aku harus pergi dari sini. Tiada gunanya menanti.

“Miss…” sapa waiter yang mengambil pesanan kami ketika aku melangkah beberapa tapak menghala ke pintu utama. “Where are you going?”

Pertanyaan waiter itu mengundang rasa pelik di hati. Kenapa dia sibuk-sibuk ingin tahu pulak?

“Home!” jawabku sepatah dalam perasaan yang makin tak menentu. Reaksi Hadif sebentar tadi masih tergambar jelas di ingatan. Mengundang semula rasa sebak yang ingin kukikis dari hati. Wajah Ummi bermain di mata. Wajah yang penuh rasa kecewa dan terkilan. Maafkan Hani, Ummi. Hani tak berdaya menunaikan harapan Ummi…

“I’m sorry. I can’t let you go. Could you please go back to your seat, miss.”

Huh?! Ini dah lebih. Takkan nak suruh aku ‘menginap’ kat café ni buat selama-lamanya. Tanpa mempedulikan waiter di sisi, aku meneruskan langkah.

“Miss! Miss!” Panggilan itu tak ku pedulikan.

“Hani!” Suara Hadif muncul di celah suara waiter berbangsa India itu. Lalu membuatkan langkah kakiku serta-merta terhenti dengan sendirinya. Namun, aku tidak mengalihkan tubuhku mengadapnya. Khuatir rasa sayang yang tumbuh di hati, memungkinkan diriku menjadi insan paling lemah di waktu ini. Mengalirkan air mata di hadapannya. Tidak! Aku tak ingin itu terjadi. Aku harus kuat menerima kenyataan yang kami tak mungkin akan bersama.

Perasaanku padanya masih baru. Aku yakin aku mampu menghapuskan perasaan indah yang menghuni hatiku ini seiring dengan masa yang berlalu.

“Hani nak ke mana?” Laju Hadif bertanya setelah dia menghampiriku.

‘Berangin’ jiwaku mendengar soalannya. Takkan dia tak tahu apa yang aku rasa. Dia fikir aku akan terus menanti macam orang bodoh setelah apa yang dibuat padaku tadi? Nonsense! Hanya perempuan yang tak tahu malu saja yang sanggup membuat muka tembok menanti di situ. Dan aku bukanlah perempuan seperti itu!

“Hani nak balik!” balasku tanpa sedikit pun mendongak memandangnya. Rasa sebal dan marah menguasai diri. Memadamkan rasa sebak dan sedih yang membelenggu jiwa. Enggan memandang wajahnya, anak mataku dibawa merenung tile di hujung kaki.

Baru aku tersedar… Macam mana boleh tersebut nama sendiri ni? Ngomelku setelah menyedari kesilapanku. Entah bagaimana aku boleh berbahasa nama sendiri dengannya.

“Tapi, kita kan belum habis berbincang? Jom, kita duduk dulu,” ajaknya lembut. Seolah mengerti hatiku kini berbahang dengan perilakunya lebih 10 minit yang lalu.

“Tak perlu. Hani dah tahu apa keputusan awak,” ujarku penuh kedinginan. Untuk apa lagi dia mengajakku membuang masa dan wang ringgitnya di café ini? Aku dah jelas dengan keputusannya. Sudah dapat kubaca dari reaksinya.

Telingaku menangkap tawa kecil yang tercetus dari bibir Hadif. Secepat kilat, aku menoleh ke arahnya.

“Kalau dah tahu, kenapa Hani nak marah-marah macam ni? Hani dah ubah fikiran ke?”

Aku semakin tidak mengerti. Semakin tidak faham dengan kerenah Hadif. Bila masanya aku ubah fikiran? Berkerut dahiku memikirkan kata-katanya.

Melihatkan diriku yang masih tidak mahu berganjak dan membalas butir-bicaranya, Hadif menarik nafas sebelum akhirnya dia berkata, “Terpaksalah buat dekat sini nampaknya.” Dia berhenti seketika. Aku diserang debar. Apa yang ingin dikatakannya?

Dia melepaskan nafas perlahan lalu kembali menyambung bicaranya, “Nur Irdina Farhani, would you be my wife? And spend the rest of your life with me?” Serentak itu, dihulurkan sebuah kotak biru yang terbuka penutupnya. Seketul coklat Ferrero Rocher terletak elok di dalamnya. Bersinar keemasan pembalutnya yang berwarna emas. Aku terkedu. Terpana dengan lamarannya yang tidak kusangka. Kelu lidah untuk mengeluarkan walau sepatah perkataan. Bukankah keputusannya…

Atau adakah dia sedang mempermainkan aku. Kerana sepatutnya cincin yang disuakan dan bukannya ‘coklat wedding day’ itu. Atau mataku yang rabun. Sudah tak kenal antara cincin dan coklat.

“Maaf. Abang terpaksa proposed kat sini sebab Hani dah beria-ia benar nak balik. I’d no choice,” suaranya membawa aku mengingati dirinya semula. Abang?! Sekali lagi aku terkedu. Benarkah apa yang aku dengar? Bahasa panggilannya itu. Aku yang nyanyuk atau dia yang demam.

“Abang sengaja proposed Hani dengan coklat. Harap Hani tak marah dan ingat abang saja nak main-mainkan Hani. Abang serius, asking your hand in marriage. Hani akan dapat cincin masa our engagement day nanti, insya-ALLAH. Tapi, ibu yang sarungkan, bukan abang tau!” Sempat dia mengusik. Aku benar-benar terkaku tak berganjak. Mana mungkin dapat ku proses segala yang berlaku kini dalam sekelip mata. Baru sekejap tadi, aku membayangkan yang kami tidak akan bersatu. Kini, dia melamarku pula.

Lambat-lambat aku melabuhkan anak mata di wajahnya. Menatap seraut wajah milik lelaki yang bakal berkongsi hidup denganku. Ingin meminta kepastian dari sinar matanya. Lembut anak mata hitamnya membalas renunganku. Dia tersenyum. Dan aku tahu, apa yang diucap dan diluahkannya, adalah benar. Bukan mainan perasaanku semata. Sedikit demi sedikit, bibirku turut mengukir senyum. Dan aku juga tahu, dia mengerti maksud di sebalik senyumanku itu.

Dunia sekeliling terasa indah sekelip mata. Saat itu, ada rasa bahagia yang membelit diri. Ada rasa cinta yang makin berputik di hati buat insan yang bernama Tengku Hadif Zafran…

~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~

“Alhamdulillah…”

Itu ucapan yang terkeluar dari Ummi setelah mendengar berita yang kusampaikan. Bercahaya dan berseri-seri wajahnya. Terpancar kegembiraan yang tidak terperi. Ah, Ummi sememangnya mengharapkan berita baik ini. Rasa bahagiaku bertambah-tambah menyaksikan kebahagiaan Ummi. Terasa aku telah berjaya menunaikan salah satu tanggungjawabku sebagai seorang anak. Menunaikan hasrat dan impian Ummi.

Hadif sudah pulang ke rumahnya beberapa minit yang lalu. Meninggalkan aku dan keluargaku meraikan berita gembira ini. Sewaktu Hadif berada di sini, sesiapa pun antara Ummi, Along dan Kak Sofea yang berani membuka mulut bertanyakan ‘status’ kami. Tapi, sebaik kereta Hadif bergerak meninggalkan perkarangan rumah, ketiga-tiganya bagaikan tak sabar ingin tahu keputusan. Nak ketawa aku melihat tingkah mereka. Barangkali mereka segan nak bertanya tika dia ada.

Serentak itu, detik-detik di Damiral’s Coffee House kembali menerjah ruang ingatan…

“Kenapa awak terima cadangan Auntie Sarah?” soalku setelah berjaya mengumpul kekuatan diri untuk meluahkan sebaris soalan itu. Aku bersetuju menerima ‘saranan’ Ummi kerana aku yakin dengan pilihannya dan juga kerana perasaan ‘indah’ yang makin menghuni hati dan jiwaku. Bersandarkan itulah, aku menguatkan hati untuk menerima Hadif sebagai peneman di sepanjang hidupku.

Tetapi dia… Kerana apa dia sudi membukakan pintu hati dan fikirannya untuk menerimaku sebagai bakal isterinya. Adakah kerana terpaksa atau sememangnya dia ikhlas dengan keputusannya. Adakah dia juga turut merasa apa yang aku rasa. Adakah perasaan ‘itu’ juga sedang mencambahkan benih di hatinya. Aku perlu tahu. Aku tidak mahu perkara ini menjadi ‘racun’ dalam perhubungan kami kelak. Tak guna membina mahligai seandainya salah seorang dari kami ‘menyimpan perasaan’ dan tidak jujur dalam perhubungan ini.

Hadif melemparkan pandangan ke arah padang golf yang menghijau. Melayang fikirannya entah ke mana buat beberapa detik. Bagaikan jawapan pada persoalan itu berada di luar sana. Apa yang difikirnya?

“Abang pernah bercinta dan pernah merasa lukanya apabila apa yang kita harap dan impikan tak menjadi kenyataan…” Dia berhenti seketika. Wajahnya bertukar mendung sekelip mata. Dia seolah mengimbau kenangan lama yang masih terpahat kukuh di ingatannya.

Aku menyepikan diri. Menanti dia meneruskan bicaranya. Secebis rasa bersalah terpalit di hati kerana menimbulkan kisah lamanya walau bukan itu niatku sebenarnya.

“Abang dah serik nak alami perkara yang sama. Hati abang dah cukup terluka. Bila ibu beritahu abang tentang cadangannya, abang akui, abang memang terkejut. Langsung abang tak sangka. Tapi ibu tak mendesak. Dia beri masa untuk abang pertimbangkan cadangannya. Dan setelah berfikir semasak-masaknya, abang ambil keputusan mengikut saja rancangan ibu. Abang tahu, it’s a very hard decision to make. Apatah lagi, perkara ni melibatkan masa depan kita. But… I’m willing to take that risk… Kalau ibu rasa Hani yang terbaik dan sesuai untuk abang, abang terima,” luahnya panjang lebar dengan pandangannya dialihkan ke wajahku. Sinar mata hitamnya membayangkan keihlasan dan kejujurannya dalam kata-katanya.

“Agaknya dah memang jodoh abang dengan Hani. If Hani’s questioning sejauh mana penerimaan abang dengan arrange marriage ni, Hani tak usah bimbang, abang terima Hani seikhlas dan setulus hati abang… Moga ALLAH menunjukkan jalan kebahagiaan-NYA buat kita,” sambungnya lagi.

Ameen… sambutku dalam hati.

Ada perasaan aneh yang membuatkan hatiku bergetar mendengar bicaranya. Terharu. Gembira. Bahagia. Semuanya berlumba-lumba mengisi ruang hati. Hadif tetap tidak mengalihkan pandangannya. Membuatkan dadaku bertambah gementar. Aku menekur merenung gelas orange juice di atas meja tanpa menjawab apa-apa. Suasana di selubungi sepi.

“Kesian waiter tu… Dia panggil Hani tapi Hani buat tak tahu je,”ujar Hadif tiba-tiba dalam nada sedikit ceria. Terus mengubah topik dan situasi kami secara mendadak. Aku rasa lega yang teramat dengan perubahan ini. Kaku aku berada dalam situasi tadi.

“Mana Hani tahu aa…” Ish! Nak sebut abang ke? Ah, buat masa sekarang, guna apa yang patut dulu.. “…awak yang suruh dia tengok-tengokkan Hani. Hani ingatkan dia nak suruh Hani tidur kat sini…” balasku bersahaja.

Hadif ketawa mendengar kata balasku. Lucu ke apa yang aku kata tu? “Abang dah syak Hani mesti akan tinggalkan café ni, sebab tu abang suruh waiter tu tolong guard. Jangan biarkan Hani pergi.”

Nasib baik dia datang tepat pada masanya. Kalau tidak, makan tak bertemanlah dia petang ni, getus hatiku. Atau paling teruk, dia akan di ‘banned’ dari hidupku dan mataku…

“Dah awak pergi macam tu je. Cakap apa pun tak. Ingatkan awak nak tinggalkan Hani…” Aku menjeling dia di hadapanku sebelum melabuhkan pandangan pada pokok-pokok hiasan di belakangnya. Memang itulah andaian yang aku buat dengan tingkahnya yang mengejut itu. Lain kali buat lagi… kata-kata itu bergema di hatiku.

“I’m sorry. Abang nak buat surprise untuk Hani. Tak bermaksud pun nak biarkan Hani macam tu aje. Lepas Hani luahkan keputusan, tiba-tiba abang terasa nak lamar Hani dengan sesuatu, sebab tu abang tinggalkan Hani. Mujur ada gift shop kat sini.”

Entah sudah berapa kali kata maaf meniti di bibirnya. Dari mula kami menjamu selera tadi, hinggalah sekarang, sesudah kami selesai. Dan aku… belum sekali pun aku menuturkan yang aku telah memaafkan dia. Bukannya kerana aku berdendam atau masih marah padanya. Cuma aku… Cuma apa? Entah. Aku tak tahu apa yang menjadi penghalangnya.

“Err… perlu ke awak bahasakan diri awak dengan panggilan itu?” Aku memberanikan diri bertanya. Sesungguhnya aku tak selesa dan dadaku berasa semput tiap kali dia menggunakan perkataan ‘abang’ bila berbicara denganku. Bagaikan tidak cukup udara diriku nak bernafas. Belum masanya lagi untuk aku memanggilnya begitu.

Bertunang pun belum, berkahwin apatah lagi, takkan aku nak menyusahkan diri memaksa mulutku memanggil dia dengan panggilan itu? Takut aku nak menyebutnya…

“Maksud Hani, ‘abang’?” soalnya sambil merenung tepat ke wajahku. Redup dan lembut pandangannya. Menembusi ke segenap pelusuk hatiku.

Hadif… kenapa pandang aku begitu?! Aku mengangguk perlahan tanpa bersuara. Tanpa membalas renungannya.

“Nak melentur buluh, kena dari rebungnya…” katanya seakan berbisik. Lantas aku mendongak. Memandangnya penuh hairan. Erk? Apa kaitan antara buluh dengan perkataan itu pulak? Tak faham aku…

Dia tersenyum manis. Membuatkan dadaku berkocak hebat. Aku cuba menenangkan diri. Udara disedut perlahan mengisi rongga hidung.

“Hani kena belajar sebut dari sekarang. At least, bila dah married nanti, tak lah terkehel lidah tu nak menyebut…” What?! Tercetus tawa nakal dari bibirnya. “Biasa-biasakanlah diri. It’s just one simple word, bukannya susah pun nak sebut…”

Memang tak susah, tapi ‘bahaya’… jawabku dalam hati.


“Tahniah Hani,” ucap Kak Sofea pula. Aku mengangguk dalam senyuman. Menghargai ucapan yang dilafazkannya.

“At last…” Along mengeluh lega. Seolah diriku yang selama ini hidup single banyak merisaukan dirinya dan dia benar-benar lega kerana akhirnya aku bakal ‘dijaga’ dan ‘dipelihara’ oleh orang lain.

“Along yakin Hadif mampu bahagiakan Hani. Along doakan agar ALLAH pelihara dah rahmati rumahtangga yang bakal Hani bina dengan Hadif. Along sayangkan Hani dan Along doakan yang terbaik untuk Hani.”

Aku tersentuh dengan ketulusan butir-bicara Along. Apa yang didoakan dan diharapkannya, itulah jua doa dan harapanku. Tak sanggup rasanya hidup dalam rumahtangga yang tak bahagia dan berantakan selalu. Pun begitu, kuasa ALLAH siapa yang tahu. Hanya doa dan usaha yang bakal menentukan arah tuju dan ‘cuaca’ rumahtangga yang bakal aku bina nanti.

“Next weekend, kita pergi rumah Auntie Sarah. Dia call tadi, ajak ke rumah dia. Kita tak pernah pun pergi rumah kakak angkat Ummi tu lagi.” Hilang apa yang berlegar di benakku mendengar kata-kata Ummi. Ke rumah Auntie Sarah? Auntie Sarah yang bakal menjadi mertuaku itu? Debaran bertandang tiba-tiba. Kecut perutku.

Teringat kembali perbualan officemateku tentang saat mereka bertemu dengan bakal mertua masing-masing. Macam-macam cerita yang aku dengar. Ada yang baik dan ada yang buruk. Yang baik itu aku tak peduli sangat. Tetapi yang buruk-buruk itu, membuatkan aku gementar. Fikiranku mula membayangkan adegan-adegan ‘ngeri’…

“Hani!”

Tersentak aku dengan sergahan Ummi. “Kita pergi?”

“Ok,” sahutku dalam debar. Harap-harap semuanya baik belaka pada hari itu. Hani, macamlah tak biasa dengan Auntie Sarah…


> > > -------------------------------------------------------- < < <

little chit-chat :
Si klavuQT warnanya kelabu,
Hari2 mencicit ke sana kemari,
Ku ‘dedicate’kan n3 hanya untukmu,
Dengan harapan kau undilah aku…

To My Dearest Sis, Kak Klavu… eita dedicated this n3 specially for you… Segala usaha akak ‘menjaga’ dan menjadi pemerhati PBB di blog2 kroni, amatlah dihargai… Tanpamu… kroni2 pastinya masih leka dan enak dibuai angin malas yang menyerang saban waktu ---> kak fa akan masih hanyut dengan pisang-pisangnya, itikQ akan masih dgn moodynya, kak pink akan masih dengan line internetnya yg suka wat hal, kak biru akan masih mengenang + menderita dgn kemuflisan drama radio yg x jadik dan kak mon akan masih dengan kesibukannya berhari raya…. Tanpamu… tiadalah kroni2 yg gigih berusaha untuk memperbaiki diri sendiri demi untuk memenangi award di malam anugerah da seben crownies… Tanpamu, tanpamu dan tanpamu, tiadalah special dedicated n3 untukmu… muahahaha. Bak kata itikQ, jasamu dikenang… :P

Petang tadi, eita jumpa sorang member blog, adhan. Perjumpaan terkejut-tergempar. Tak dirancang dr awal. Soal-jawab sket dlm sms, trus agreed tuk jumpa. Lepas balik kerja terus jumpa dia. Actually, dia nak cari novel Adam dan Hawa kat kedai area sini tp dia tak tahu jalan. Dia pun bukannya orang sini. So, eita tolonglah jdk ‘tourist guide’ dia kejap. Nasib kami kira baik jugaklah sebabnya novel tu dah habis, tp sales girl kedai tu bg novel ‘reserved’ utk kami. Masa mula2 dia x nak bagi tp lepas dia call branch kedai tu yg satu lg, and ada stok lebih kat kedai tu, dia pn jual novel tu kat kami. Keluar dr bookshop, kami singgah minum2 + borak jap :D cik adhan tu, kecik molek je orangnya…

scribbled @ 22:40 |

lia
December 2, 2005   10:49 AM PST
 
yea! yea! yea! akulah org yg pertama bg komen... bestnyerrrrr

eita nape hari ni saya cam tercium2 bau bunga rampai, bau nasi minyak... hehehehehhe
birunila
December 2, 2005   11:28 AM PST
 
eita, :) :D :o
pinKjambu
December 2, 2005   03:33 PM PST
 
aduhhhhhh..kakpinK jatuh tergolek keseronokkan...lalalallalalalalalalalallalalalalalallalalal..ops silap..kena nyanyi lagu ni..baru betul

" SELAMAT PENGATIN BARUUU..BAHGIA KE ANAK CUCU..lalalalla'
itikQUACK
December 2, 2005   04:24 PM PST
 
fuh *urut dada kelegaan* nasib baik hadif nak dgr ckp saya.. kak eita nak tau, dlm masa 10 minit hadif hilang tu, jenuh saya nak pujuk dia suruh terima je si hani tu walaupun dia merengek2 ckp dia nak gak kat saya yg comel ni..bila saya ckp saya takut hani tak dpt terima kekecewaan lalu berlaku sesuatu terhadap fius di otaknya lantas dicederakannya saya, barulah hadif dgn berat hati terima hani sbb dia mmg tak nak benda buruk terjadi kat saya.. such a sweet guy.. tp apa blh buat kan kak eita, saya tau saya ni baik hati, jd biar jelah hani dpt lelaki yg dia nak...
Najwa Aiman
December 3, 2005   12:12 AM PST
 
sape yg kawin ni?? eita ke? tak mungkin itik... itik tak boleh baca Fatihah...

eh.. adhan tu btoi ke kecik molek? aku pun nk jump adhan laaa.... KL Sentral je laaa.... jom!
PUTEH
December 3, 2005   01:05 AM PST
 
hehehe... kak pink, kempen kita berjaya lah nampaknya... *gelak besar*

pasni kita cari jodoh utk eita plak eh? irdina n hadif pun dah hampir selamat ke jinjang pelamin... *lega*



dan hati pun berlagu riang...
lalalalalala....
chii
December 3, 2005   01:52 AM PST
 
hoyeahhhhhhhh..akhirnya hadif lamar hani gak..besh*besh

akak plak..bila la gamaknye eh...
pape hal pun..jgn lupa kan sy plak krg yer ;)
pinkJambu
December 4, 2005   09:54 AM PST
 
PUTEHHH ..HI5!! *14x*

jom,jom *heret tgn pUteh* jom g sayangYoU, g carik bunga telur..errr HANI nk konsep apa ehhhh? ungu ke?
eita
December 4, 2005   09:13 PM PST
 
Lia~CONGRATS!! :D *garu telinga* eita pun pelik. Kenapa lia bau tp eita x bau… konfem ke lia bau kat rumah eita. Bukan kat rumah jiran-jiran eita?

Kak biru~ :D :D :D muahhh!

Kak pink~nyanyi kuat2 sket kak. Biar dengar satu umah eita ni :D derang belom bertunang lg, xkan nak tempah bunga telur dah kot? ;)

itikQ~hahahaha… panjangnya alkisah. Boleh buat cerpen. X pelah, dik. Akak tau adik tu mmg baik. X yah risau. Ezany masih ada kekosongan. Nak akak tolong recommend ke? :P

Bang wawa~erk? Bila masa lak eita post kad kenduri kat cni? :P X de sesape pun yg konfem berkahwin. Semua tu baru ura-ura. Pengantinnya hero yg bang wawa nak gantikan hari tulah, dengan si hani tu. Insya-ALLAH…
Nak jumpa kak adhan, bang wawa pergi la ajak dia kat ‘umah’ dia… tp skrg dia jauh dr KL…

Puteh~*pening* x payahlah cari jodoh utk eita. Eita ada byk benda nak kena buat before get married ni. Tp, klu nak cari jugak, apalah salahnya… kekeke… klu nk minta yg muka mcm raul tu, boleh x? :P

Chii~lambat lg la chii. Maybe next year or the year after, x tau lagi. Insya-ALLAH, kalau smpi giliran akak, akak jemput. :D
Iya
December 5, 2005   02:13 AM PST
 
*melilau* mana gengs nih... adesh
PUTEH
December 5, 2005   11:58 AM PST
 
kak pink... hmm, bunga telur tu kita guna bunga lavender r, cam ner? pastu potpouri tu kita letak haruman lavender gak... hehehee, mesti wangi je sepanjang masa kasih sayang mereka kan???

amacam kak pink? eh, patut tanya HANI & HADIF kan.. macam mana? ok tak kalau PUTEH & KAK PINK jadi wedding planner? :D

eita
December 5, 2005   09:05 PM PST
 
Dik iya~gengs cuti seminggu. Dia pergi KL. :( sian dik iya x de geng. Next week baru dia muncul balik rasanya… sabar ye… muahhh!

Puteh~alahai cik puteh… derang tu belum bertunang lagi… tarikh bertunang pun belum decide. Awal sgt tu merancang… kata org tua, x elok excited lebih2 klu benda belum tentu. Takut x jadik ;)
klena
December 5, 2005   10:07 PM PST
 
eita...bila adhan bg sms dia jumpa eita..hati akak berkata 'wah best nya'... tu yang akak call eita tu..tak dapat jumpa dapat bercakap pun jadi lah....klu ada rezeki mungkin kita bisa bertemu jua...insya'allah...
gengs
December 6, 2005   12:22 AM PST
 
akan ku bkr umah sape yg buat kenduri....dtg umah kak eita sambel pakai tanduk gajah...kerbau ngan kambing...err gajah ade tanduk ker...
Iya
December 6, 2005   11:00 AM PST
 
gengs... gajah ade gading laaa... gading tu org kkata bertuah.. try arr bawak.. mana tau hadif tetibe kata... "hani... kita putus".. wahhaha... gengs gi goda ker kejap... xpe gaks.. ahahha...
pst... me gi cari EZANY dah... hahahahaha... *gelak cam ketua setan*
lia
December 7, 2005   12:27 PM PST
 
eita.. confirm bau tu ada kat sini!! tak caya tanya org lain tu..

ada bau kan? kan, kan, kan?
kLavu
December 7, 2005   04:14 PM PST
 
aku mcm tak caya jer... naper aku d last person on earth yg tau pasal dedication ni, huwaaaaaaaaaaa :(( sampai ati blogdrive, baru ari ni aku nampak n3 ni..............

*sob sob* saya, dengan rasa gumbira dan terharu merecordkan jutaan terima sayang utk sis eita yg senang lenang buat n3 ni tuk saya, w'pun dia tk submit tuk approval spt yang saya mahukan (tak tau lagi ke aku ni mmg demanding) dan setinggi-tinggi penghargaan kepada blogdrive kerana membiarkan saya tak tau walaupun (almost) hari2 buat lawatan YB kat blog ni, sekian wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullah *berlalu dgn seratus bunga telur kat tangan*
uih berat aih



mmmmmmmmmuaaaaaaahhh cayang eita ;-) next n3 dedicate tuk kak ayang ek
eita
December 7, 2005   11:19 PM PST
 
kak klena~TQ sebab call eita. Betul kata akak tu, x dpt jumpa muka, dpt dgr suara pun jdlah. Insya-ALLAH klu ada rezeki, kita jumpa jugak…

gengs~smpi tahap bakar-membakar ni, bahaya! Jgn bakar umah akak tau! Err, tanduk tu untuk apa? Ada pertandingan pakaian beragam ke?

Dik iya~*geleng paler* ish3x…. brutal2 belaka penyokong ezany…

Lia~*garu paler* mana? Kat mana? *sambil menghidu* x ada pun?!

Kak klavu~ntah kak klavu ni. Org dedicate kat dia, dia lak jdk the last person letak komen. Erk. Bukan eita dah submit for approval ke malam tu? Kak klavu mengigau ni *rasa dahi kak klavu* sah! Dia demam. Patut pun dia terlupa. :P *sua troli* nah! Letak bunga telur n akak sekali boleh masuk duduk dalam tu. X yah berjalan. Biar bodyguard tu yg tolong tolak… kekeke
p/s: dedication tuk kak ayang, tunggu year 2007 ek…
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< December 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive