Aku memanjangkan langkah ke halaman rumah. Handset masih terlekap kukuh di telinga dengan tangan kanan sebagai support. Sengaja aku ingin melarikan diri dari ruang tamu. Aku ingin berbicara dengan Lynn tanpa ada sesiapa yang ‘mengganggu-gugat’ perbualanku.
“Then?” soalku laju sesudah Lynn selesai bercerita tentang ‘mysterious guy’nya. Tak ku sangka rupanya mysterious guy itu hebat orangnya hinggakan ada perempuan lain yang turut tergila-gilakan dia. Handsome sangatkah lelaki tu?
“Itulah yang dia cerita kat aku lepas meeting hari tu. Kau bayangkanlah, sampai dalam meeting pun, girl tu asyik call 2/3 kali. Eeii, kalau la aku tahu siapa girl tu, nahas dia kena!” Penuh perasaan marah dan tak puas hati Lynn bersuara. Jelas dia tidak suka ada orang lain yang menganggu dan ingin turut serta bersaing dengannya dalam pertarungan merebut hati lelaki yang entah siapa namanya itu. Jenuh aku bertanya dan jenuh juga Lynn mengelak dan sudahnya aku tetap tak tahu siapa nama jejaka itu.
“Ish, overreacting pulak. Kau makwe si mamat tu ke yang kau nak pergi ‘ganyang’ girl tu?” soalku dalam tawa kecil. Kalah bini dia pulak, member aku sorang ni…
“Aku geram!!! Dah orang tak suka, buat apa dia kacau lagi? MG bagitau aku, dia dah cakap kat girl tu yang dia tak ada any feeling towards her. Takkan girl tu still tak faham. Bengap sampai macam mana girl tu?” Sedikit terjerit suara Lynn mencecah cuping telingaku.
Aduh! Masalah negara! Member aku dah berangin… Tak pernah-pernah dia ‘bertiup’ sekencang ni. Ngeri jugak aku dengar. Kerana lelaki, kerana rasa cinta yang berputik, sikap pun dah menjadi seperti George Bush. Pantang hak miliknya di ‘sentuh’, nak mengamuk aje kerjanya. Walhal dia dan si MG – nickname untuk Mysterious Guy, belum ‘declared’ pun lagi. Dan setahu aku, MG belum dimaklumkan lagi tentang perasaan Lynn pada dia. Pun begitu, aku yakin MG turut menyimpan perasaan pada Lynn. Andai tiada, mustahil MG mahu bercerita perkara-perkara yang agak peribadi begitu pada Lynn.
“Relax la dear! MG pun cakap kan, dia tak ada hati kat girl tu. Kau tak payahlah nak risau. Yang penting kau kena bagitau perasaan kau pada dia cepat-cepat, sebelum terlambat. And I think he likes you too,” nasihatku sambil cuba menenangkan dirinya. Bagiku, Lynn tak perlu risau jika benar MG tiada perasaan pada perempuan tu. Apa yang penting sekarang, Lynn perlu menyatakan perasaannya pada MG. Biar jelas segala-galanya. Biar status hubungan mereka yang lebih dari seorang kawan itu di ‘iktiraf’ kedua-dua belah pihak.
“Arghh!! Tension! Tension! Tension!” jerit Lynn di hujung talian bagaikan anak kecil.
Reaksinya itu mengundang tawaku. “Bila nak berterus-terang nie?”
“Itula… tengah cari the perfect time…” Suaranya bertukar normal semula. Tiada lagi jeritan yang membingitkan telingaku.
“Erm.. jangan simpan lama sangat feeling kau. Jatuh ke tangan girl tu karang, nangis 100 hari 100 malam pun dah tak de guna.” Ada hati nak menyakat lagi aku ni…
“Hani!!!!”
Aku ketawa gelihati. Seronok mengusik dia yang tengah berangin. “Ok.. ok… Aku saja je kata cam tu. Kau ni… jangan gelabah sangat. We drop the subject ok? Kita keluar next weekend, kita sambung balik topik ni. Kau ada masa tak?”
“Next weekend?” Lynn terdiam memikir. “Ok. Rasanya tak ada masalah. Kalau tetiba aku ada important thing hari tu, I’ll inform later.”
“Ok. Aku ada something nak bagitau kau hari tu.” Aku memaklumkan dalam rasa bahagia yang masih berbaki. Kesian Lynn, aku tengah berbahagia, dia pulak bagai cacing kepanasan. Risau dengan ‘ancaman’ baru yang diketahuinya.
“Penting ke?” soalnya pendek.
“Penting. Kau mesti gembira dengar good news tu. Kita jumpa next weekend, eh?” Memang niatku tidak mahu mengkhabarkan berita pertunanganku pada Lynn di dalam telefon. Sebabnya, aku ingin melihat sendiri reaksi Lynn tika aku menyampaikan berita baik ini. Dan juga aku rasa lebih selesa jika memberitahunya secara bersemuka. Sekurang-kurangnya, kami berpeluang berkongsi dan bersama-sama merasai saat-saat kegembiraan itu. Dengan dia di hadapan mata.
“Orait,” balasnya tanpa menyoal lebih lanjut. Apa reaksi Lynn agaknya bila tahu aku akan bertunang tak lama lagi?
> > > -------------------------------------------------------- < < <
little chit-chat :
Pendeknya n3…. :( eita tahu…. Maaflah, sebab n3 tu sependek tu, tapi sbg ‘penawar’nya, eita akan post n3 baru this Friday. Insya-ALLAH.
Sekarang ni musim org tak sihat kan? Mbr eita baru lepas baik demam. Eita skrg pun batuk-batuk. Dah lebih seminggu mcm ni. Mlm semalam yg paling teruk sekali. Semalaman x boleh tido. Kalau ikutkan hati, x nak post n3 baru lagi malam ni. Sebab malas nak ngadap pc n nak cover tido semalam. Tapi… alang2 dah ada benda nak kena buat jugak, eita post sekali lah. Untuk semua, take care of yourself. Jaga diri, jaga kesihatan… :) see you this Friday… insya-ALLAH.
