Enjin kereta dimatikan. Aku mengambil handbag dan fail dari passenger seat di sisi sebelum melangkah keluar dari Vios. Pintu ditutup rapat. Alarm ditekan. Bergema bunyinya di ruang parkir bangunan 10 tingkat yang menempatkan pejabat tempat aku bekerja.
Hari ini ku rasakan lain. Sedikit berbeza dari hari-hari yang lalu. Mengapa agaknya? Ah, sudah pasti kerana peristiwa semalam. Aku masih sukar mempercayai apa yang telah terjadi. Aku dan Hadif. Bakal mengikat tali pertunangan. Minggu depan, bulan depan, tahun depan, harinya masih belum ditentukan. Baru sekadar perjanjian di mulut. Pertunangan atas cadangan Ummi dan ibunya dan atas kerelaan kami sendiri. Tanpa pernah bercinta. Tanpa mengenali hati budi masing-masing sepenuhnya.
Siapa yang dapat menyangka… dalam kesibukan aku menguruskan hal kerja tanpa ada ruang untuk memikirkan hal peribadi, jodohku tiba jua. Fikirku, aku akan hidup membujang buat satu jangka masa yang lama lagi. At least, sehingga umurku mencecah 28 atau 29 tahun. Lagipun zaman sekarang, ramai wanita yang kahwin lambat. Tapi… entahlah! Takdir di tangan ALLAH. Tak semestinya apa yang kita rancang dan fikir, sama dengan takdir yang telah tertulis untuk kita.
Aku menapak ke arah lobi lif. Sekilas senyuman dilemparkan kepada pengawal yang bertugas. Di hadapan lif, kelihatan beberapa orang lelaki dan perempuan sedang menanti ketibaan lif. Dua daripada lelaki-lelaki yang berdiri di situ, amat aku kenali. Terkumat-kamit bibir mereka berbicara. Tidak dapat kutangkap butir perbualan mereka. Apalah perkara penting yang mereka bincangkan tu…
“Hai!” Aku menyapa. Segera kedua-duanya menoleh. Agak terkejut kedua-duanya dengan sapaan tiba-tiba itu.
“Irdina! Baru habis appointment?” soal Farhan laju. Aku hanya mengangguk.
“How are you?” tanyaku pada Ezany bersama senyuman. Dua minggu tak bertemu dengannya. Cuma berhubung melalui telefon sahaja. Wajar untukku bertanyakan soalan itu.
Dua minggu dia di Australia, ada perubahan yang ku tangkap pada dirinya. Kulitnya yang putih, bertambah putih kemerah-merahan berbanding dua minggu yang lepas. Tambah terserlah genetic yang diwarisinya dari En. Rozan.
Dia membalas senyumanku. “Fine. You baru nak masuk office ke?” Mata Ezany melirik pada fail yang tersisip kemas di tangan kananku.
“Yes. I baru habis appointment dengan En. Baskaran dari syarikat Dulux. Discuss pasal latest colour… Dari awal pagi tadi lagi I kat office dia. Habis discussion terus I balik sini. You all berdua dari mana?”
“Lunch.” Ringkas jawapan Farhan. Lunch? Aku menjeling jam tangan seimbas. 3.30 petang. Lunch apa pukul 3.30?!
“Lunch at 2 o’clock. Kebetulan terjumpa dengan Sufian kat restoran yang kita orang pergi tu. Then, you faham-fahamlah apa yang terjadi...” Memahami apa yang berlegar di fikiranku, sepantas kilat Farhan menerangkan duduk perkara sebenar.
Lepas tu dah tentulah berborak sampai tak sedar masa berjalan, sambungku dalam hati. Dah biasa sangat terjadi macam tu. Apa yang nak dihairankan sangat…
Lif tiba. Kami melangkah ke dalam. Ezany menekan butang ke tingkat office kami terletak.
“I’ve got so much things to tell you…” tutur Ezany perlahan di telingaku. Bagaikan tidak mahu Farhan turut mendengar apa yang dibisikkannya. Farhan hanya merenung kosong kotak lif di hadapan. Sah dia tidak dengar apa yang Ezany bisikkan tadi.
Pasti banyak yang ingin Ezany ceritakan. Dua minggu bukannya berlalu dalam sekelip mata. Perbualan telefon yang sekejap itu, tidak mungkin cukup untuk dia menceritakan pengalamannya di sana. Hmm… kami semakin akrab dan rapat semenjak akhir-akhir ini. Tak mustahil dia menganggap aku sebagai kawan rapatnya lalu segala-galanya ingin dikongsi bersamaku. Macam kes malam…
“You better be… I wanna know all the details about ‘that’ girl. Every little detail…” kataku bila teringatkan perbualan kami Sabtu malam yang lalu. Perbualan yang tergantung begitu sahaja. Tanpa ku tahu siapakah gadis bertuah itu.
“Girl? Which girl?”
“Ala… girl yang jual cendol kat Sdyney tu.” Sengaja aku menjawab begitu. Aku tanya betul-betul, boleh dia buat main-main. Padanlah jawapan aku tu dengan dia…
Ezany tertawa. “Ada ke orang jual cendol kat Sdyney?”
Buat dah perangai dia…
“I’m not telling. Figured it out yourself. Bila you dah intoxicated dengan muka girl tu, bila you dah ‘ketagih’ nak sebut sayang or darling or honey macam last Saturday night and you need someone to talk to or someone to listen to all your ‘remarkable’ love-chronicle, search for me. Maybe I could ease your ‘mabuk kepayang’ tu a little.” Tak kuasa aku nak bersoal-jawab lebih-lebih. Yang terkena nya nanti aku jugak. Yang bertambah pening kepala nya nanti, aku jugak. Baik tak usah bertanya lebih-lebih. Up to him nak cerita ke tidak…
“Siapa yang bercinta?” Farhan yang tidak tahu hujung pangkal perbualan kami menyampuk tiba-tiba.
Aku dan Ezany saling berpandangan sebelum kami berdua menoleh pada Farhan. Bila masanya dia mencuri dengar perbualan kami?
“Kau lah!” jawab Ezany pantas.
“Hah? Bila masa?” Farhan terpinga-pinga. Terkejut dengan tuduhan Ezany yang tiba-tiba. Aku hampir tertawa melihat reaksinya. Ezany pula berubah serius mukanya.
Lif berdenting menandakan telah sampai ke tingkat pejabat kami.
“Habis, kau dengan wife kau tu tak bercinta ke? Kata dulu kahwin atas dasar cinta…” Ezany terus melangkah keluar dari kotak lif. Tidak dinanti Farhan membalas kata-katanya. Farhan yang masih ‘blur’, mengikut dari belakang. Aku mengekori mereka berdua dalam tawa kecil meniti di bibir. Kesian si Farhan…
~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~
Sebaik memasuki bilik pejabat, sebuah kotak besar berbungkus menyapa anak mata. Ada seseorang yang meletakkan kotak berbalut kertas bercorak abstrak itu di atas mejaku. Cantik sungguh pembalutnya. Tapi apa isinya? Dan dari siapa? Mungkinkah Hadif?! Rasa rindu membuai hati tiba-tiba tatkala namanya tercetus di fikiran. Untuk apa hadiah tu? Meraikan peristiwa semalam? Betulkah dari dia? Aku ragu-ragu.
Dengan perasaan ingin tahu, aku menapak menghampiri meja. Sebelum mencapai bungkusan itu, aku meletakkan barang-barang dan fail yang aku bawa di atas meja. Sempat juga aku menyimpan handbag di tempatnya. Ah, tak perlu terburu-buru. Tak ke mana bungkusan itu.
Di permukaan kertas pembalut yang berlipat-lipat itu, tersisip sekeping kad kecil. Lantas aku menumpukan perhatian pada kad itu.
Di muka hadapan kad tertulis,
Specially for you
Aku menyelak pula helaian muka depan, ingin membaca isinya. Tercoret di dalamnya,
A blue hyppo can’t board a plane and I take it as a cue that I can’t bring home a koala or a kangaroo as a gift for you. So, left with no choice, I pick this nice little thing just for you...
-M.R.Ezany-
M.R.Ezany – Mohd Rifai Ezany! Tercetus tawa kecil di bibir. Gelihati dengan kata-kata yang tertulis. Dah semakin pandai dia bermain kata sekarang ni…
Aku membelek bungkusan itu seketika. Besarnya. Agaknya apalah isinya?
Aku sepatutnya dah boleh mengagak hadiah ni dari dia. Hari ini hari pertama dia kembali bertugas, aku sepatutnya sedar. Bukankah dia juga yang sibuk-sibuk bertanya souvenir apa yang aku nak pada malam terakhir dia di Sdyney. Bagaimana aku boleh tak terfikir.
Mana nak fikir pasal Ezany kalau di fikiran tu asyik Hadif aje yang diingat! Suara hatiku bergema. Menyedarkan aku. Terlukis senyuman tanpa diundang. Hai… Jauhnya tersasar tekaanku…
Penuh rasa ingin tahu, aku menanggalkan pita pelekat di hujung kotak. Tiba-tiba…
“Don’t open yet…” suara Ezany mematikan gerakanku secara spontan. Aku berpaling ke belakang. Ezany berdiri di depan muka pintu bilikku dengan senyuman.
“Why?” soalku sepatah. Sedikit hairan dengan permintaannya. Kenapa tak boleh buka di office? Ada anthrax ke kat dalam ni?
“Benda ni surprise. I tak nak you buka sekarang. Buka di rumah, boleh?” pintanya seraya mencapai bungkusan itu dari tanganku. Terkejut aku seketika dengan aksi spontanya itu. Eh… nak ambil balik hadiah tu ke?
Dia melekatkan semula pita pelekat yang aku tanggalkan sebentar tadi. Diletakkan semula bungkusan yang lengkap seperti sebelum aku membukanya, ke tanganku kembali. Selepas itu, dia berlalu keluar dari bilik pejabatku. Tanpa sepatah kata. Aku yang masih lagi terkejut dengan tingkahnya, hanya mampu memandangnya berlalu pergi tanpa berkelip. Ezany datang tanpa ku sedar kehadirannya dan perginya pula dalam sekelip mata.
He’s gone with the wind…
> > > -------------------------------------------------------- < < <
little chit-chat :
Keep my promise! :D selamat membaca buat semua…
Ucu… kak chik dedicated n3 ni utk ucu sebab jdk pembantu x rasmi kak chik…. Thank you very very much! Muaaaahhhhh…
