dedicated this n3 untuk lia, happy belated besday on Dec 16! dan atas permintaan ramai jugak, eita dedicated n3 ni untuk dang ayang yg baru sembuh dr demam dgn ucapan, makan ubat byk2 sket! 1-2 botol sehari pn x pe... 
Kunci kereta dan kunci rumah ku masukkan semula ke dalam handbag. Aku menolak daun pintu lalu melangkah ke ruang tamu. Tubuh dilabuhkan di sofa. Lincah tanganku menanggalkan tudung yang membalut kepala dan diletakkan di sisi. Kaki dilunjurkan pula ke hadapan. Menghilangkan kepenatan memandu dalam perjalanan pulang tadi. Traffic jam teruk. Lenguh kakiku dibuatnya.
Aku memerhatikan sekeliling ruang tamu yang kosong tanpa penghuni. Ummi masih belum pulang. Along dan Kak Sofea juga. Agaknya masih ada kerja yang perlu mereka bereskan di pejabat.
Kesunyian mula terasa berada seorang diri di rumah. Wajah Hadif mula menyapa. Rindunya aku pada dia. Senyumannya. Suaranya. Usikannya. Segala kenangan di Penang kembali terlayar di ruang minda. Membawa aku mengingati semula detik-detik waktu bersamanya dahulu. Alangkah berserinya duniaku kini. Bahagia sentiasa mengulit hati. Hari-hari dirasakan lebih bermakna. Tapi, dalam bahagia ada juga peritnya. Perit nak menanggung rindu. Hmm, susah juga jatuh cinta ni…
Aku terus melayan diri buat seketika. Dalam sibuk melayan perasaan itu, entah bagaimana aku terlelap di sofa sehinggalah suara Ummi memberi salam menerjah ke telinga. Aku menjawabnya dalam keadaan separa sedar. Mata yang ingin tertutup semula, segera ku gosok dengan belakang tangan. Dah berapa lama aku tertidur?
"Eh Hani, tidur kat sini ke? Kenapa tak masuk bilik?" Laju Ummi bersuara sebelum sempat aku menegurnya.
"Tertidur tadi, Ummi. Ingatkan nak rest aje, tapi entah macam mana terlelap pulak…"
Aku mencapai handbag dan tudung di sisi. Memberi ruang pada Ummi untuk berlabuh di sebelahku. Kuletakkan tudung dan hangbag itu di meja sisi yang menempatkan pokok bunga hiasan kecil. Sejurus kemudian, Ummi melabuhkan dirinya.
"Ummi nak air? Hani ambilkan…"
Ummi mengangguk menyatakan jawapannya. Lalu aku bingkas bangun menuju ke dapur. Seketika kemudian, aku kembali semula dengan dua gelas air oren.
"Auntie Sarah call Ummi tengahari tadi…" Bicara Ummi sesudah dia menyambut gelas berisi orange juice yang aku suakan padanya.
Aku mengambil tempatku semula. "Kali ni kisah apa pulak yang Ummi bualkan?" Aku sudah masak dengan 'aktiviti' Ummi dan Auntie Sarah yang gemar bercerita tiapkali berbual di telefon. Masa yang terhad dan kesibukan masing-masing menyebabkan mereka tidak punya banyak masa untuk bertemu diluar mahupun di rumah aku atau Auntie Sarah sejak kebelakangan ini.
"Erm… kali ni cerita lain dari yang lain…" balas Ummi sedikit teruja.
"Cerita apa?" tanyaku ingin tahu. Apa bezanya perbualan hari ini dengan hari-hari lepas?
"Cuba Hani teka…" Kedua-dua kening Ummi terangkat. Sebagai bahasa tidak rasmi menyuruh aku meneka isi perbualan mereka.
"Susahnya teka-teka Ummi… 5 hari 5 malam Hani fikir pun, belum tentu dapat jawapannya…" jawabku setelah beberapa saat berfikir. Apa benda yang 'mysterious' sangat ni? Erm… takkan pasal aku dan dot-dot-dot pulak?
"Cubalah fikir dulu." Terusan-terusan anak mata Ummi merenungku. Bagaikan memberi 'sokongan' untuk aku terus mencari jawapan. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Ligat aku 'menyelidik' adakah apa yang terlintas di mindaku saat ini 'bertepatan' dengan jawapan yang Ummi 'sorokkan' itu.
Akhirnya, aku gagahkan jua diri mengatakan apa yang terlintas di benakku.
"Pasal Hani dan Hadif ke?"
Senyuman Ummi melebar. "Tahu pun anak Ummi. Ummi dan Auntie Sarah berbincang tentang tarikh yang sesuai untuk hari pertunangan Hani dan Hadif."
Oh, tarikh pertunangan… desisku dalam hati. Aku mencapai gelas orange juice lalu menyuakan ke bibir. Sengaja mencuri masa. Terlalu mudah untukku meneka 'rahsia' Ummi tadi. Mimik muka dan gaya percakapannya bak orang menang loteri itu sudah menjelaskan segalanya. Sudah dapat kutangkap maksud yang tersirat di sebaliknya. Kesemuanya menjurus ke arah satu jawapan sahaja – kebahagiaan dan kegembiraan atas hakikat yang dia bakal berbesan dengan kakak angkatnya.
Peristiwa tiga hari lepas kembali mengisi ruang fikiran. Coklat Ferraro Rocher, tanda lamaran dari Hadif masih ku simpan. Sedikitpun tak terusik. Sayang rasanya untukku menghancur-lumatkan isinya di dalam perutku. Walau ianya sekadar sebiji coklat, tapi nilainya amat berharga. Bukan untuk dikunyah-kunyah di dalam mulut. Dan bukan juga untuk dibuang pembalutnya ke dalam tong sampah.
Wah Hani! Kerana sebiji coklat, 'berfalsafah' panjang lebar…
Sebuah tawa kecil meniti di hati. Well, bukannya selalu dapat berfalsafah, kan?
Saat itu, menjelma di ruang mata coklat istimewa itu yang aku 'pamerkan' di atas low cabinet bersebelahan meja tulisku. Bersama dengan koala bear kelabu pemberian Ezany. Rupanya itu isi kotak bungkusan yang besar itu. Padanlah besar semacam. Aku fikirkan apa benda. Dan semalam, sewaktu aku tidak tahu untuk berbuat apa, sengaja aku menyusun semula bahagian atas cabinet itu yang selama ini terisi dengan pelbagai hadiah dan souvenir yang aku terima. Kotak coklat itu kuletakkan dalam dakapan si koala bear dengan keadaan terbuka penutupnya. Menampakkan warna emas pembalutnya.
'Mesra' sungguh kelihatan 'mereka' berdua itu…
"Kenapa awal sangat nak tentukan tarikh tu, Ummi?" Entah bagaimana, terlepas soalan itu dari bibirku.
Ummi sedikit tersentak sebaik mendengar bicaraku. "Awal? Kenapa? Hani tak suka bertunang sekarang? Hani nak bertunang tahun depan?"
"Err… tak lah sampai tahun depan. At least dalam 2-3 bulan lagi ke..."
"2-3 bulan lama sangat. Ummi kalau boleh nak kamu berdua bertunang dalam bulan ni jugak. Auntie Sarah pun dah setuju. Buat apa nak tangguh lama-lama? Hani dah setuju, Hadif pun. Ummi rasa Hani dan Hadif tak perlu masa nak kenal hati budi masing-masing. Masa bertunang pun boleh kenal. Lagipun, kalau dah kenal lama sangat, pun tak elok jugak." Betapa panjangnya penjelasan Ummi…
Aku jugak yang terpaku mendengar 'celoteh' berselit 'kebenaran' itu. Aku berfikir sedalamnya. Tidakkah terburu-buru namanya kalau aku bertunang dalam jangka masa terdekat ini. Apa pulak reaksi Hadif? Tak kisahkah dia? Ataupun dia juga memerlukan masa untuk mengenaliku.
"Hadif ada call Hani?"
Aku menggeleng. Fikiran masih sarat dengan persoalan yang belum terjawab.
Semenjak kali terakhir kami keluar tiga hari yang lalu, belum sekalipun Hadif menelefonku. Dan aku pula langsung tidak cuba untuk menghubunginya. Bukannya tiada perasaan rindu lagi di hati. Ada. Malah semakin kuat pula perasaan itu sejak termeterainya ikatan tidak rasmi antara kami. Ikatan coklat. Itulah 'nick' yang aku berikan untuk ikatan kami di tika ini. Nick yang akan aku gunakan hingga saat kami ditunangkan nanti.
Aku sebenarnya malu dan segan untuk menghubungi dia. Takut dikata perempuan tak malu pula. Persetujuannya untuk menerimaku dalam hidupnya bukan bermakna aku 'bebas' menurut kata hati menganggu-gugat kehidupan sehariannya. 'Menyibuk' dan 'menukar' aturcara hidupnya sekaligus. Bagiku, apa-apa sekalipun, biarlah dia yang mulakan dahulu. Lebih selamat begitu. Rasa rindu yang membuak-buak saban hari terpaksa ku tahan dari melimpahi kolam hatiku.
"Sebelum Ummi lupa, confirm kan kita ke rumah Hadif hujung minggu ni?"
Hampir aku terlupa tentang undangan Auntie Sarah tu… Dan Lynn!! Baru aku teringat. Aku sudah berjanji untuk bertemu dengannya hujung minggu ini. Nampaknya, aku perlu membatalkan pertemuan itu. Terpaksalah aku mencari satu masa lain untuk menyampaikan berita yang aku simpan ini. Aku akan menghubunginya malam nanti…
"Hani… confirm ke tak ni?" Ummi mengulang soalannya setelah tiada reaksi dariku.
Perlahan aku mengangguk mengiakan. Debaran di dada berlagu tiba-tiba. Seakan dapat merasakan kegugupan yang bakal aku hadapi bila berdepan dengan keluarga Hadif nanti. Bertemu dengan future-in-laws…
> > > -------------------------------------------------------- < < < little chit-chat :
Sorry sbb dah lama x update… really3x sorry! Been quite bz… hehehe
Last Friday, eita turun KL untuk bertemu member-member blog. Well, yg utamanya nak buat kejutan pada kak klavu yg turun ke Malaysia dari Brunei. Dari niat nak turun sehari, meleret ke dua hari dan seterusnya smpi 4 ari 3 malam…
First day, eita buat gathering dengan da seben crownies : kak biru, kak long (kak pink), kak ngah (kak infa), kak klavu dan kak em. Second day jumpa dhiya, kak adhan, kak lia. Pastu kak klena bawak pergi jumpa kak izzul. Third day jumpa kak seri. And last day, jumpa syifak yang pulang bercuti dr korea before eita balik penang. it's been a wonderful and happy journey...
Kalau nk tahu kisah kt KL tu, click kt sini…
Kak mar3x! xde kesempatan kita nk jumpa… huhuhu.. nurfa pn sempat ckp through phone je..
congrats ye sis!
Kak klena + dhiya, TQ sbb sudi tumpangkan eita kt rumah korang… 