"We have to prepare everything. Possibly tender tu akan dikeluarkan seminggu dari sekarang. By next Tuesday, kita kena serahkan semua drawing kepada Suria Runding untuk mereka siapkan structure drawing. Kalau lambat submit, takut pihak QS tak sempat nak siapkan cost estimate."
"Insya-ALLAH, everything will be settled by then. Lagipun, tak banyak yang perlu diubah."
"Good. That's all for now. If anything, I'll inform you later." Kata-kata itu mengakhiri perbincangan selama lebih sejam antara aku dan En. Rozan. Bilik pejabatnya menjadi ruang untuk kami berbincang. Meluahkan pendapat dan sama-sama berkongsi maklumat berkenaan projek yang bakal dikeluarkan tendernya tidak berapa lama sahaja lagi.
Aku menyelit pen yang digunakan untuk mencatit di tempatnya semula. Di dalam planner yang acapkali ku usung ke hulur dan ke hilir. Kemudian, tanpa menunggu barang seminit dua, aku terus meminta diri. Lagipun aku tahu, masih banyak urusan lain yang perlu En. Rozan selesaikan. Aku tidak mahu mencuri masanya terlalu lama.
"Cik Irdina, tadi ada seorang lelaki call mencari cik." Teguran Atikah, penyambut tetamu yang telah hampir 5 tahun bekerja di Menhir Architect memaksaku berhenti dari meneruskan langkah ke bilik pejabatku.
"Siapa? Ada dia tinggalkan namanya? Ada perkara urgent ke yang ingin dia bincangkan?"
"Saya ada tanya. Tapi dia tak nak beritahu. Cuma dia suruh saya sampaikan pada cik - abang call. Itu aje. Pesanan lain dia tak tinggal."
"Abang?!" ulangku tanpa sedar.
Huh??!! Abang?! Abang mana? Abang 92? Tapi filem tu dah berbelas tahun kisahnya. Masakan ada orang yag masih mahu dikenali dengan nama abang 92? Agaknya abang 05 tak?!
Aku mula memerah otak. Memikirkan siapakah gerangan orangnya. Muncul 4-5 wajah di fikiran. Yang mana satukah orangnya. Abang Zam? Abang Sufi? Abang Amir? Mana satukah yang menelefonku tadi. Kenapa si pemanggil itu tidak tinggalkan namanya sekali. Hanya dengan nama abang, mustahil aku dapat meneka siapa dirinya. Aduh!!! Aku pula yang pening jadinya.
"Tak apalah Atie. Sekejap lagi mesti orang tu call saya balik," kataku akhirnya. "Thanks." Malas aku mahu memikirkan lebih-lebih tentang abang misteri itu.
Aku berlalu ke bilik pejabatku. Dalam sepuluh minit, aku menyambung tugas, kedengaran pintu bilik di ketuk dari luar. Siapalah pulak yang mencariku. Wajah Shahrul terpacul apabila pintu ditolak lebih lebar.
"Hai… Sorry menganggu. Aku nak mintak standard requirement for bomba inspection. Kau ada kan?" tanyanya lalu mengambil tempat di kerusi pelawat didepanku. Tanpa menunggu aku mempelawanya.
Aku mengangguk. "Tunggu kejap aku cari…" Aku bangun dari kerusi. Menghampiri kabinet yang bersusun dengan fail, buku, majalah dan jurnal. Segala informasi berkaitan dengan dunia arkitek dan property tersimpan di situ. Untuk memudahkan aku membuat rujukan. Satu fail serderhana tebal kutarik dari rak. Isinya kutatap seketika. Memastikan apa yang aku cari ada di dalamnya.
"Kena cari dulu ke? Kau ni tak sistematik langsung! Cubalah simpan dalam satu fail benda tu. Bila nak guna, senang nak cari. Tak payah nak 'korek' sana, 'korek' sini…" Shahrul yang sudah duduk bersandar di kerusi mula berleter. Panas telingaku mendengarnya.
"Membebel pulak dah… Macam mak nenek la kau ni…" Aku mempamerkan muka masam. Semasam air asam jawa yang diperah likat. "Aku memang dah simpan benda tu dalam fail ni." Fail yang berada di tangan, ku tayangkan di depanku. Khas untuk tatapannya.
"Tak semestinya kalau aku cakap nak cari, means aku simpan benda tu merata-rata. Aku kena cari fail tu dulu. Entahkan ada ke tidak. Kot-kot ada orang pinjam ke. Lain lah kalau aku ni Harry Potter or Sabrina the teenage witch tu, tak payah cari, petik jari je aku boleh bagi kat kau," sambungku laju 'membingitkan' telinganya dengan kata-kataku.
"Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Aku membebel sikit je. Kau tu berleter panjang lebar…" balasnya pula.
Aku ketawa kecil apabila menyedari apa yang di cakapkannya itu betul. Langkah kaki dihala ke meja semula. Fail terus kuhulurkan padanya. "Nah."
"Thank you!" ucapnya menyambut fail berkulit hitam itu. Dibuka kulit fail tersebut. Kertas-kertas yang bersusun di dalamnya, di belek dan dibaca. Aku hanya memandang gerak lakunya tanpa sepatah kata. Memberikannya masa. Menanti dia berkata sesuatu.
Tatkala itu, telefon menjerit minta diangkat. Pantas aku menjawab.
"Hello!"
"Cik Irdina, abang yang call tadi tu dah telefon semula. Dia nak bercakap dengan cik," suara Atikah menyambut sapaanku.
"Ok. Sambungkan dia," jawabku laju. Tak sabar rasanya ingin tahu siapa lelaki itu. Lelaki yang sengaja mencipta aura misteri untuk diri sendirinya. Walaupun Zainal Abidin, pengacara Misteri Nusantara kerap mengulangi ayatnya – jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri, tetapi lelaki itu tetap juga berbuat begitu. Dan mangsanya pula, dah tentulah aku dan Atikah.
Abang call… ayat itu berputar di minda. Macamlah dengan pengenalan dirinya yang sebegitu aku tahu siapa dia… huh!
Beberapa saat kemudian, talian bersambung.
"Assalamualaikum…" si pemanggil menyapa lembut. Aku tersentak. Suara itu! Aku kenal! Hati mula bergetar. Semakin lama semakin kuat. Betapa rindunya aku nak mendengar suara itu.
"Waalaikummussalam." Spontan suaraku bernada sama dengannya.
"Dah habis meeting? Abang call tadi tapi diaorang beritahu Hani sedang meeting."
"Dah… dah habis… baru kejap tadi. Errr… ada hal penting ke abang telefon Hani?" Ah, sudah! Gementar punya pasal, panggilan yang cuba aku elakkan hingga hari yang sepatutnya itu, tersebut juga. Mujur dalam telefon, kalau aku berada dengan dia, dah tentu aku tak tentu arah. Nak menyorok pun bukannya boleh waktu tu.
"Nak call bakal tunang sendiri tak boleh?" usiknya diiringi ketawa kecil. Spontan, secebis rasa bahagia mengepungi diri.
Bibirku menguntum senyum nipis. Terbuai sedetik dengan usikannya. "Bukan tak boleh. Tapi terkejut. Hairan pun ada. 3 days without nothing. No phone call. No sms. Alih-alih hari ni abang call. Of course Hani terkejut." Wah! Wah! Wah! Dah seperti air pulak perkataan abang meluncur dari mulutku. Dah tak boleh di tahan lagi. Mungkin ada betulnya kata-kata dia 3 hari yang lepas. Aku perlu biasakan diri dari sekarang. Biarlah. Sekurang-kurangnya aku tidak kekok memanggilnya begitu nanti.
"Erm… maknanya Hani menunggu panggilan dan sms dari abang?" tuturnya menduga.
"Err… errr… mana ada!" Jantungku memecut laju. Rona pipi sudah bertukar kemerahan. Cekap dia menduga. Kuakui sememangnya aku ada menanti panggilan darinya. Tapi taklah sehingga menjadi seperti pungguk rindukan bulan. Menanti dan mengharap saban waktu…
"Ehem… ehem…" deheman Shahrul membuatkan aku segera menjatuhkan pandangan ke wajahnya yang sedang kusyuk 'menyaksikan' drama sebabakku. Hampir aku terlupa yang dia berada di bilikku. Dia menjungkitkan keningnya bertanya. Aku tahu apa dia ingin tahu. Lalu tanpa mengeluarkan suara, aku menuturkan padanya,
'kawan.'
Dia mengerutkan keningnya pula. Tak percaya. Aku mengangguk perlahan, mengiakan apa yang aku sebutkan tadi. Aku tahu aku berbohong. Tetapi, aku belum bersedia untuk mengkhabarkan pada sesiapa bahawa aku akan mengikat tali pertunangan dengan Hadif. Tidak selagi ikatan itu belum terjalin. Selagi cincin pertunangan tidak tersarung di jari manisku. Cincin tanda pengikat hubungan antara aku dan Hadif.
"Hmm… Sekejap lagi dah lunch time. Hani ada lunch date dengan sesiapa?" Pertanyaan Hadif menyapa gegendang telinga. Shahrul yang seolah mengerti dan memahami aku perlu melayan panggilan itu terlebih dahulu, memberikan 'lampu hijau' untukku menyambung perbualan. Aku mengeluh lega kerana tidak perlu melayan dua lelaki ini serentak.
Sebetulnya aku tiada sebarang appointment atau meeting ataupun lunchdate di waktu tengahari ini. Cuma seperti kebiasaan jika aku berada di office, aku akan keluar lunch bersama Nur Suhana. Sesekali jika Shahrul, Ezany, Farhan dan juga Nazri berada di office, mereka akan ikut serta.
"Hari ni free. Maybe keluar lunch dengan officemates aje. Kenapa?"
"Alhamdulillah… Ada rezeki abang.."
"Rezeki? Apa maksud abang?" Aku meluahkan apa yang bersarang di minda. Rezeki apa yang dia maksudkan?
"Rezeki abang nak lunch dengan Hani. Kita keluar lunch sekali tengahari ni?" Lembut alunan suara Hadif mengajak. Terkesima aku sesaat dua dengan ajakannya yang tak terduga itu. Mungkin ini sebabnya dia menelefonku di pejabat. Untuk mengajakku lunch bersamanya. Patutkah aku bersetuju atau menolak sahaja?
Terima sahaja, Hani. Hatiku berdetik. Ini langkah pertama untuk mengenali dia. Masa untuk membiasakan diri dengannya. Jangan dipandang sepi pelawaannya itu. Lagipun, perasaan rindu yang makin mencengkam di hati perlukan penawarnya. Perlukan pengubatnya.
"Okay," kataku setuju. "Kita nak lunch di mana? Dalam pukul 1 kita jumpa di situ."
"Abang jemput Hani kat ofiice. Lepas tu baru kita decide nak lunch di mana." Dia memberi saranan.
"Tapi… tak menyusahkan abang ke nak jemput Hani pula? Kan lebih mudah kalau kita jumpa kat mana-mana restoran je?" soalku sedikit gundah. Lunch time adalah terhad. Paling lama pun sejam. Mustahil sejam itu cukup untuk dia datang menjemputku dan kemudian kami mencari restoran pula. Silap-silap timing, makan 'angin' aje kami berdua nanti.
Alunan gelak kecilnya menyentuh cuping telingaku. "Hani risau kita makan 'angin' aje ke?" Eh, eh! Macam tahu-tahu pulak dia ni apa yang aku fikir. Ada 'chemistry' ke antara kami…
"Abang dah ada kat area office Hani. Ada kerja sikit kat sini. So, there wouldn't be a problem. One o'clock sharp, abang tunggu Hani kat lobby." Dia meneruskan bicaranya.
"Emm.. oklah, kalau macam tu."
"Ok. Abang nak sambung kerja sikit. Jumpa nanti. Assalamualaikum." Hadif menamatkan perbualan.
Setelah salam dijawab dan talian dimatikan, aku meletakkan gagang telefon ke tempatnya. Alangkah warna-warninya hidup ini, detik hatiku dalam senyuman. Seronoknya rasa hati dapat mendengar dan berbicara dengannya…
"Siapa?" Belum sempat aku 'hanyut' lebih jauh, satu soalan 'cepu emas' terlontar dari bibir Shahrul. Wajahnya jelas mendambakan jawapan. Hampir tak bernyawa aku mendengarnya. Aku ingat dia takkan menyoal lagi setelah mendapat jawapan tadi. Rupanya aku tersilap. Dia menanti masa dan ketika dan sesuai untuk 'menyerang' aku habis-habisan. Ye ke habis-habisan? Kalau macam tu, matilah aku!
"Kawan." Jawabku sepatah dalam debar. Anak mata dilarikan dari memandang wajahnya. Aku berpura-pura memberikan perhatian pada drawing di atas meja. Aku cuba berlagak biasa. Namun, di hati, perasaanku kalut. Aku risau jika Shahrul terus-terusan menyoal. Takut jika aku tak mampu menepis soalannya. Dan akhirnya, rahsia siapa Hadif yang sebenarnya akan berjaya dikoreknya dari ku.
Cukuplah!!! Jangan bertanya lagi!!! Hatiku menjerit. Erm.. bagaimana reaksinya kalau tiba-tiba aku menjerit begitu di hadapannya? Pengsankah dia? Hilang nyawakah dia? Ah, aku belum segila itu nak menjerit tak tentu hala di depannya…
"KAWAN?" sinis dia memulakan bicaranya. Mengecil anak matanya menyorot wajahku. "ABANG? LUNCH DATE? Muka kau yang berseri-seri bak bulan purnama? Senyuman kau yang macam dalam iklan colgate? Percakapan kau yang seperti Juliet? All of that doesn't add-up to just being a 'kawan'. Baik kau bagitau aku siapa dia tu sebenarnya…" Shahrul mengancam seraya meletakkan file di ribanya dia atas mejaku.
Aku tersengih seketika. Mencari idea untuk menghuraikan point nya. "Dia tu anak kepada kakak angkat Ummi aku. Ummi aku dan ibu dia rapat. Automatic aku dengan dia dan adik-beradik dia pun closed jugak. Dia tu, tua 3 tahun dari aku, kenalah aku panggil abang. Kalau tak nanti, ibu dia kata aku tak hormat 'orang tua' pulak sebab panggil nama dia je…" Hadif tu orang tua? Bakal laki kau tu yang kau kata macam tu… Tak kisahlah. Apa-apa ajelah. Asalkan rahsia aku 'selamat'. Aku tersenyum dalam hati.
"Hari ni dia ada kerja kat area sini. Dia ajak aku lunch sekali. Dah lama kami tak berjumpa. That's why, aku senyum sebijik macam dalam iklan colgate. Lagipun, aku dah anggap dia tu macam 'abang' aku sendiri." Kalaulah Shahrul boleh baca fikiran aku, mesti dia kena heart-attack kalau tahu maksud abang yang aku katakan tu.
"Boleh percaya ke ni?"
Aku tersenyum manis. Semanis-manisnya. "Percayalah…" Ala-ala Siti Nurhaliza aku menyakinkannya bersama seribu keindahan perasaan yang tak terucap. Can't wait nak tatap wajah si dia…
> > > -------------------------------------------------------- < < < little chit-chat :
Here's a new n3… selamat membaca dan menghilangkan tension… if… story eita ni boleh buat sesape hilang tension la kan…
p/s: hari ni baca lg sekali Schubert's Serenade dr awal smpi abis… macam x puas je baca sebelum ni… huhuhu.. sedih tak habis lg… kenapa Abang Syah must die? Sedihnyer… bertambah2 sedih bila dgr lagu Schubert's Serenade… mmg menitis air mata la… huhuhu…
5t5b pn dah habis… alhamdulillah, happy ending. Bila baca ending cite ni, nk tersenyum+tersengih pulak.. hmm… my roller-coaster emotion… thanks hlovate for sharing your stories with akak and the rest of the bloggers.
tetiba je terasa nk express perasaan kt sini… pepun, TQ HLOVATE!! very much! 