Di pasaran bermula
26 DISEMBER 2006.


>>_..cLick fOr sinOpsis.._<<

KASIH SEHARUM LAVENDER
Penulis : EITA ASHYTA
Harga : RM19
Terbitan : KAKI NOVEL ENTERPRISE


>> their review <<
[dian] [mamaErra] [kak wan] [antubuku]

note: bagi yang sudah membaca KSL, boleh tinggalkan pendapat anda di Guestbook



>> my OtheRs <<
-( tuLip )-
..:: bit of this and that ::..
-( the OtheR )-
..:: where fingers met keyboard,
accompanied with ideas ::..


Name :
Web URL :
Message :

online

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

kasih seharum lavender ~ 65
Sunday, January 01, 2006

Tepat pukul 1 tengahari, aku menapak keluar dari bilik pejabat. Menghayun langkah kaki mencari Nur Suhana. Untuk memaklumkan pada dia yang aku tidak dapat lunch bersamanya hari ni. Di luar bilik pejabatku, staf-staf lain sibuk melangkah keluar dari office. Ingin mengisi perut masing-masing setelah 4 jam penat bekerja.

Aku ternampak kelibat Nur Suhana yang sedang melangkah ke arahku. Kami bertembung di pertengahan jalan.

"Jom makan…" Baru aku hendak membuka mulut, suara Ezany menyapa dari belakang. Bila aku menoleh ke belakang, dia berdiri betul-betul di belakangku. Terkejut aku dibuatnya. Nur Suhana ketawa melihat reaksiku itu. Nazri, Shahrul dan Farhan yang berdiri tidak jauh, tersengih.

"Sorry… hari ni aku tak boleh join korang lunch," ujarku memaklumkan yang aku tidak dapat turut serta.

"Why?" Sepatah Ezany bertanya manakala yang lain kecuali Shahrul sudah berkerut dahi masing-masing dengan 'berita' ku sekejap tadi.

"I ada…"

"Dia ada date dengan someone special." Pantas Shahrul memotong percakapanku sebelum sempat aku menghabiskannya. Aku mengerlingnya yang tersengih bak kerang busuk. Aku mengecilkan anak mata. Merenungnya tajam. 'Cas' sungguh mulut dia bercakap. Sejak bila aku lantik dia jadi jurucakap tak rasmiku?!

Rasa tak puas hati dan geram memercik dalam hati. Tak puas hati kerana dia sesuka hati menyebar perkara yang di dengarnya. Geram kerana dia menghebohkan perkara 'sensitif' itu pada mereka semua. Tak bolehkah dia mengunci bibirnya rapat-rapat.

"Shahrul! I've told you earlier yang aku dengan dia tu tak ada apa-apa hubungan kan? Kau jangan pandai-pandai nak reka 'hikayat' kat sini…" rengusku tidak puas hati. Muka dah ditarik empat belas. Biar mereka nak kata hidung panjang macam Pinocchio ke, masam macam cuka ke, apa ke, aku tak peduli. Aku benar-benar tak puas hati dengan Shahrul.

Cepat-cepat Shahrul mengangkat kedua-dua tangannnya separas bahu. Untuk meminta maaf atau untuk menyejukkan hatiku, aku tak pasti. "Hey, aku tak bermaksud special tu as your lover or anything of that kind. Anak pada kakak angkat Ummi kau pun, could be count as someone special kan?"

"Anak kakak angkat Ummi you?" Ezany mengulang tanya. Aku mengangguk kecil. Menjawab soalannya.

"Oh… Anak auntie yang pergi ke Penang dengan kau tu ke?" Nur Suhana pula menyoal. Kali ini aku mengangguk lebih pantas dengan senyuman kecil tersungging di bibir. Ada juga penyelamat aku akhirnya. Dengan soalan Suhana tu, dah tentu mereka, Shahrul terutamanya akan percaya dengan kata-kataku. Percaya yang aku dan Hadif hanya sekadar berkawan biasa. Nothing special. Walau hakikatnya bukanlah begitu.

"Kebetulan hari ni dia ada urusan kat area sini, dia ajak aku lunch sekali," terangku memaklumkan pada mereka. Apa yang aku katakan pada Shahrul sebelum ini, ku ulang semula untuk pendengaran yang lain.

"Okaylah guys. Aku nak ke ladies sekejap. Korang jaga perempuan sorang tu baik-baik eh." Aku meminta diri.

"Eh, kata nak lunch dengan anak kakak angkat Ummi kau je, tapi kenapa pula nak pandang cermin dulu? Macam nak bagi si mamat tu impress je…" Aduh!!! Berdesing telinga aku mendengar bait-bait kata yang keluar dari mulut Nazri.

Payah sungguh la kalau dapat kawan-kawan terlebih prihatin ni. Takkan aku nak ke toilet semata-mata nak belek muka aku ni. Ingat aku tak ada kerja yang lebih berfaedah dan berbaloi dari benda tu ke. Aku memang nak ke ladies atas sebab-sebab konkrit. Bukan atas sebab-sebab tak munasabah tu. Tapi… kalau dah masuk dalam ladies tu nanti, apa lah salahnya curi pandang cermin sekejap. Takut jugak kalau tetiba muka aku ni bertukar rupa. Mahu lari si Hadif kalau dapat bakal fiancé berwajah ala-ala the corpse bride tu…

"Kau jangan jeles Nazri kalau aku nak goda dia. Kau tu dah ada bini. Buang masa aku je nak goda kau," balasku selamba. Malas nak bertekak dan mempertahankan diri. Apa yang mereka nak cakap atau tuduh, aku terima aje. Yang penting aku dah terangkan perkara yang 'sepatutnya' mereka tahu.

Nazri ketawa. "Yelah. Yelah. Nasib baik aku dah kahwin, kalau tak, 24/7 la kau mengadap cermin toilet tu…"

Yang lain menyambut kata-kata Nazri dengan deraian tawa.

Aku mencebik. Sesedap ajinomoto nak kategorikan aku satu spesis dengan mak tiri snowwhite tu.

~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~

Lebih kurang 5 minit kemudian, aku melangkah keseorangan ke arah lif. Pejabat hampir lengang. Aku memboloskan diri apabila pintu lif terbuka. Punat ground floor ditekan. Apabila lif tiba di tingkat bawah yang menempatkan lobi, aku pantas mengatur langkah keluar. Semakin dekat aku dengannya, semakin 'menggila' debaran di hati. Namun, aku cuba mengawalnya.

Aku terpaku di pertengahan jalan sebaik terpandangkan drama 'samarinda' di depan mata. Ezany berbual dengan Hadif? Oh no! Janganlah Hadif membuka kisah kami pada dia. Jangan… Aku berdoa dalam hati.

Buat sementara waktu, aku memerhatikan mereka berdua dari jauh. Peluang yang ada kugunakan sepenuhnya untuk membelek si dia. Hadif agak tinggi orangnya. Dalam 5'7". Berbadan sederhana. Kemeja warna alice blue lengan panjang dan seluar slack hitam yang dipakainya menyerlahkan kesegakannya. Rambutnya pula pendek dan kemas. Sesekali bila dia tersenyum, lekuk di pipinya terbentuk. Hmm… senyumannya memang manis. Semanis orangnya…

Kau memang dah angau Hani, getus hatiku. Tersenyum aku dalam hati.

Apa yang membuatkan aku terpaut pada dia? Soalan itu tercetus tanpa dipinta. Entahlah… mungkin kerana senyumannya dan mungkin juga kerana sikapnya yang gemar mengusik. Aku tak pasti. Yang aku amat pasti dan yakin, aku sukakan dia. Aku cintakan dia. Ya, aku cintakan dia. Baru kini aku berani mengungkapkan kata-kata itu.

Lee Min Hyung, watak hero utama Winter Sonata pernah berkata pada Chong Yu Jin, kita tak memerlukan sebab untuk menyintai seseorang. Benarkah? Agaknya. Perasaan memang aneh. Tanpa sedar kita boleh jatuh cinta. Kadangkala kita sendiri tercari-cari apa puncanya kita jatuh hati pada dia.

Aku menanti sehingga Ezany mengundur diri barulah aku menapak mendekati Hadif. Menyedari ada seseorang sedang menghampirinya, dia memanggungkan kepala dari planner yang dibeleknya. Sebuah senyuman mesra dilemparkan buatku. Terserlah lesung pipit penyeri wajahnya. Berdegup 100km/j jantungku dijana senyuman manisnya…

"Dah lama sampai?" tegurku ramah. Cuba melindungi kegugupan kali pertama bertemunya selepas adanya ikatan tak rasmi antara kami.

"Baru aje. Tak sampai 15 minit pun," balasnya dengan senyuman yang tak lekang. "Jom."

Lalu kami berjalan beriringan ke tempat Hadif memarkirkan Rextonnya. Tidak berapa jauh dari bangunan pejabatku.

"Err… Hani nak tanya sikit. Aa… aa.. bang…" Ish, lidah ni! Masa ni la dia nak tergeliat pun. Dalam phone tadi, tak gatal pulak nak tersimpul mati ke apa. Aku memarahi diri sendiri. Saja nak malukan aku la tu.

Memang terasa kelainannya memanggil dia dengan panggilan itu di dalam telefon dan bersemuka begini. Kalau di dalam telefon, aku tidak perlu memandangnya. Jadi, rasa malu dan gementar boleh dibuang jauh-jauh. Tetapi kalau dia di sisi, bagaimana nak kusorokkan rasa itu?

Dari ekor mata, aku perasan Hadif menoleh sekilas memandangku apabila ayatku tergantung begitu saja. Ada sengihan kecil di pinggir bibirnya. Ya ALLAH, malunya…. Terasa darah merah menghangatkan kedua-dua belah pipiku. Terasa nak pengsan pun ada…

Aku menarik nafas panjang sebelum memulakan kembali bicaraku. "Apa yang abang bualkan dengan Ezany tadi?" Terlontar jua soalan itu. Aku mengeluh lega. Aku ingin tahu butir perbualan mereka. Ingin tahu samaada rahsiaku sudah pecah atau belum.

Hadif membuka pintu Rextonnya di sebelah pemandu untukku. Selepas aku mengucapkan terima kasih dan mengambil tempatku, dia berlalu ke pintu pemandu.

"Tegur biasa aje. Tanya khabar, tanya pasal bisnes and so on. Kenapa tanya?" Hadif menjawab soalanku setelah Rexton bergerak meninggalkan tempat meletak kereta.

"Er.. ada dia tanya tujuan abang datang sini?"

"Ada."

"Apa yang abang beritahu dia?" soalku pantas.

Hadif ketawa kecil. "Kenapa Hani tanya soalan pelik-pelik ni? Hani takut abang beritahu dia pasal kita ke?"

Aku mengangguk perlahan. Mengesahkan telahannya benar.

"But why? Hani dengan dia… ada apa-apa ke?" Sedikit serius nada suara Hadif tatkala menyoal. Ada nada keraguan dan kebimbangan terselit bersamanya. Aku terkedu. Masakan Hadif fikir aku menyembunyikan perkara ini dari Ezany kerana aku mempunyai affair dengan anak En. Rozan tu? Ah, sudah! There's no such thing as aku dan Ezany mempunyai ikatan yang lebih dari seorang kawan dan colleague. Lagipun bukankah aku sudah maklumkan pada Hadif hari tu. Aku tiada hubungan dengan sesiapa. Lupakah dia?

"No.. tak… maksud Hani, bukan itu sebabnya. Hani dan dia hanya kawan. Cuma Hani tak nak sesiapa kat ofis tahu pasal hubungan kita. Not until the day we're getting married…" ayat yang terakhir itu cukup perlahan keluar dari bibirku. Seakan tak dapat ditangkap oleh Hadif. Segan aku nak mengucapkannya dengan jelas dan lantang. Takut tak pasal-pasal dituduhnya aku dah tak sabar nak kahwin. Pipi siapa yang akan mengembang 10" kalau itu terjadik? Aku jugak! Siapa yang nak kena tanggung malu bertan-tan? Aku jugak!

"I see… don't worry. Abang tak bagitau dia apa-apa. Abang cuma cakap abang nak jumpa kawan. Lagipun dia nak cepat tadi. Kawan-kawan dia dah tunggu. Abang tak sempat nak berbual lebih."

Nasib baik! Lega!

~~ KSL ( ----<<--@ ) KSL ~~

Selepas hampir setengah jam menjamu selera di sebuah restoran berdekatan, Hadif membawaku pulang ke pejabat semula. Sepanjang di restoran tadi, aku dan dia tidak bersembang banyak. Hanya sesekali kami bertanya perihal diri masing-masing. Aku masih lagi kekok dan gugup sesekali. Belum dapat membiasakan diri sepenuhnya.

"Kita dah sampai," maklum Hadif ketika dia membelok masuk ke driveway. Tidak dipandu Rextonnya ke kawasan parkir. Dia sekadar ingin menurunkan aku di depan pintu masuk utama.

"Erm… Hani maybe ke rumah abang weekend ni," ujarku dengan mata dilarikan pada staf-staf yang berjalan memasuki pintu masuk bangunan. Mengawasi kelibat officemates ku. Risaunya hati kalau mereka ternampak aku dah Hadif. Ezany dah tentu kenal Hadif. Maka selepas itu akan bermulalah sesi 'penghakiman' di bilik pejabatku. Oh, aku tak sanggup menghadapinya…

"Ibu ada beritahu semalam. Semua ahli keluarga abang tak dibenarkan keluar weekend ni. Ayah awal-awal lagi ibu dah bagi warning. Ibu tak benarkan dia keluar main golf."

Haaa? Takkan sampai begitu sekali? "Betul ke? Segannya Hani nak ke rumah abang… Mesti ramai orang hari tu."

"Hmm… ramai jugak. Mak Long abang yang kat Putrajaya pun ibu jemput…" Hadif mula mengira dengan jari-jarinya. Satu demi satu. "Pak Ngah, Mak Su, Auntie Su dan Auntie Ayu yang kat utara, Auntie Ryn dan Auntie Nina di Brunei, Auntie Lin, Uncle Wawa…. Tak lupa jugak kawan baik ibu yang menetap di Amerika, Auntie Sya."

Semakin bertambah senarai jemputannya, semakin membuntang mataku. Ada acara apa sebenarnya hujung minggu ni di rumah Auntie Sarah. Kendurikah? Kalau tak, masakan begitu ramai jemputannya… "Auntie Sarah buat kenduri eh?" soalku meneka.

Hadif tersenyum. "Taklah. Ibu jemput mereka semua untuk sambut kedatangan Hani dan Ummi Hani lah…"

Aku merenungnya tak percaya. Biar benar? 'Glamour' sangat ke aku ni sampaikan begitu sekali Auntie Sarah nak meraikan aku? Hadif tersengih.

"Mati la Hani macam ni. Mesti diaorang semua nak 'tilik' Hani. Terpaksalah Hani letak tepung gomok sekati kat muka. At least kalau Hani blushing, tak adalah sesiapa yang noticed…" kataku dalam kerisauan. Siapa yang tak malu kalau kedatangannya disambut berbelas-belas atau berpuluh-puluh orang yang menanti. Sudahlah ini baru pertama kali aku bertemu Auntie Sarah dalam statusku sebagai bakal menantunya. Dan kesemua sedara-mara Hadif tu? Aduh, malu besar aku nanti. Mesti aku direnung habis-habisan dari hujung kaki hingga ke hujung tudung kepalaku.

Hmm… takpun aku pakai purdah ajelah. Biar nampak biji mata aje. Kalau aku nak malu ke, nak tersengih macam gorilla ke, nak masam macam yogurt strawberry ke, bukan ada sesiapa yang nampak… Aku sendiri-sendiri aje yang tau.

Melihatkan aku seperti orang mati kutu, Hadif tergelak besar. "Hani… abang main-main aje. Family abang je yang ada hari tu."

"Abang!" Dia ni… saja buat aku risau.

"Saja abang nak mengusik Hani…"

Terbit senyuman di bibirku tanpa di paksa. Perasaan bahagia makin melimpah-ruah. Beginikah indahnya saat jatuh cinta?

"Oklah. Hani keluar dulu. Dah nak habis waktu lunch pun. Thanks for the lunch." Aku meminta diri.

"Kirim salam pada Ezany," ujar Hadif ketika aku sudah membuka pintu passenger. Segera aku menoleh memandangya semula. Oh no…

"Err.. abang tahukan Hani nak rahsiakan hubungan kita dari orang lain. Kalau Hani sampaikan salam abang, Ezany akan bertanya macam-macam. Hani… Hani tak naklah jadi macam tu… Kalau abang tarik balik salam abang tu, boleh?" ujarku seraya merenungnya lembut. "Please…" Berkelip-kelip anak mataku memohon. Erk?! Dah jadik anak kucing pulak? Virus apa pula yang menyerang aku? Anak kucing pun anak kucinglah! Asalkan top-secret aku tak terbongkar…

Wajahnya disinari senyuman. Sweet! "I know. Okaylah. Simpan saja salam tu untuk diri Hani."

"Thank you!" sahutku membalas senyumannya. "Hani pergi dulu." Aku melangkah keluar dari Rexton.

"Bila lagi boleh tengok muka pussy cute tu?" soalnya sebelum aku menutup pintu semula.

"Huh?!" Aku tak sempat menangkap apa yang dikatanya. Berkerut dahiku cuba memproses butiran yang terkeluar dr bibirnya tadi. Apa benda yang dia kata?

Dia ketawa melihat reaksiku. "Never mind. Kita jumpa di rumah abang weekend ni. Assalamualaikum."

Salamnya ku jawab dalam hati. Aku melihat Hadif memandu keluar dari kawasan pejabatku dan terus menghilang sebelum aku melangkah memasuki pintu utama bangunan. Sambil itu, aku melilau melihat sekeliling. Bukan apa, untuk memastikan tiada 'mata-mata tajam' yang menyaksikan telenovela free tadi.


> > > -------------------------------------------------------- < < <

little chit-chat :
Hadiah tahun baru untuk semua… Happy New Year 2006!! Not to forget, n3 ni eita dedicated khas utk kak izzulizzati yang menyambut hari lahir yang ke ** hari ni. HEPI BESDAY!!! May ALLAH bless you and may all your dreams come true… muahhh! Cayang akak!

Untuk e-novel readers, ada satu blog e-novel baru yang ditulis oleh one of eita nyer croni, kak birunila @ kak su, (rasanya semua kenal kak su, kan?) tajuknya : surat ungu untuk nuha. E-novel baru lepas NTS… best! Kelakar! Tak rugi kalau singgah… selamat menjengok dan membaca…

scribbled @ 23:40 |

pinKjambu
January 2, 2006   12:21 AM PST
 
yiehaaaaaa..(ala2 cam naik kuda koboi)

hadiffffff..go hadif GO!
itikQUACK
January 2, 2006   12:47 PM PST
 
DIALOG UNTUK EZAMI

ezami, kalau u nak tau, si hani tu sbnrnya sukakan si hadif, jd tak payahlah u sukakan si hani tu ye, suka kat i je, i tak suka sapa2 skrg ni, esp si hadif tu, eleh, hadif tu tak seberapalah kalau nak dibandingkan dgn u, tak yahlah suka kat hani ye ye ye.. suka kat i je ok ok ok...


DIALOG UNTUK HADIF

hadif, r u sure si hani tu takde perasaan kat ezami? hari2 bersua muka? hari2 bekerja bersama2? takkan takde perasaankan, dahlah si ezami tu konon2nya hensem.. jd tak yahlah suka kat si hani tu ye ye ye... suka kat i je ok ok ok...


DIALOG UNTUK DIRI SENDIRI

wahahahahaha.. ada peluanglah nak merasa naik Rexton si hadif dgn CRV si ezami sekaligus, muahahahahahahahahahahahaha...
birunila
January 2, 2006   01:31 PM PST
 
Lin, Ayu... hahaha sama taraf dengan Auntie Su aja... sah lah dah jadi veteran bak kata si itiQ...

baru rancang nak pi jumpa beatician dengan Auntie Ryn dan Auntie Nina... sebab nak pi rumah Hadif minggu ni... rupa-rupanya sekadar ilusi sahaja :)
Iya
January 2, 2006   08:38 PM PST
 
ohho... k.sya~ batu api erk...
*sigh* k.eita update la dulu sampai hadif mati... *gelak kejam*
hahahahahahaha!
iya xsempat sgt nak menjenguk... ni pon curi2... dah start skola.. hehehe... erm....
finalan
January 3, 2006   12:28 PM PST
 
happy new year kak eita...
aih...ezany ke hadif.....mana satu ni????
hadif-hani..cepat2 la kawin..hehehe

ada enovel baru???:)
izzulizzati
January 3, 2006   03:06 PM PST
 
eita...mmuah! sayang eita juga.
dang ayang
January 5, 2006   10:04 PM PST
 
dari beribu patah perkataan kat n3 ni cuma bbrp ratus je aku baca, meleret sungguh citer ni.. awat tk buat shutkat, isyy boring le tunggu lama nak abis, balik2 citer tu gak.. bagilah adegan yang lebih saspen, contohnya macamana hani mengidam nak makan kuzi itik kat rumah auntie sarah tapi hadif tak dapat, tetiba jer ezany jadi hero sembelih itik yang asyik ber'quack' sebab dia selalu silap eja nama ezany. Haaa citer macam tu baru best.. lepas tu sambung lah, itik tu ada virus batuk tak sembuh, bagilah si hani tu koma 7 hari, jumpa hang tuah ngan puterri gunung ledang, lepas 2........... three

muahahaha mesti eita terencat jantung baca aku nyer komen ni muahahaha
eita
January 11, 2006   09:34 PM PST
 
kak long~sure penah berangan nak jdk koboi... :P

ucu~batu api! *baling batu berapi kt ucu*
simpan ajelah hasrat ucu tu sdr... coz kak chik am very sure, hasrat ucu tu xkan kesampaian... :(

kak biru~bukan setakat Lin dan Ayu, tp si sya or *s*h sekali. muahahaha... kak biru, still lagi leh jumpa beautician... kan nak turun ke kedah nanti sekali dgn si pengeran. apa salahnya berlawa2 wpn sekadar nk jumpa kami? kekeke ;)

iya~ada part hadif mati ke? ;) pst. kak sya dik iya tu, sggp buat apa saja as long as dpt naik Rexton + CRV...

finalan~hepi new year! x kisah ke si hadif kawen ngan hani? :D
insya-ALLAH, ada e-novel baru. tgh buat... tp x berani janji bila nk post.. jgn tunggu!!
p/s: tau dr mana ni? :)

kak izzul~muahhh...

kak ayang~bukan setakat terencat tp koma terus... muehehehe... x kisah la kak ayang, baca sebaris pun x pe... n eita pun tahu cite ni terlalu meleret... hahahaha...

seriadriani
February 2, 2006   11:58 AM PST
 
akhirnya!!!! dapat jugak baca sampai habis. good work eita!
btw, kesian kat ezany. tapi akak rasakan... guy yg lynn suka tu macam hadif jek..
wah, nnt ada perang nampaknya.. huwaa.. betul ke eita?
seriadriani
February 2, 2006   12:01 PM PST
 
eita, akhirnya akak dpt baca sampai habis. gud work eita!
btw, kesian kat ezany. dia mesti ada hati kat hani. kalu dia tahu sure tertonggeng2 dia. hahhaa
dan, akak teka guy yg lynn suka tu tentu hadif. amacam, betul tak eita?
huwa.. tak sbr nk tunggu perang hani ngan lynn pulak..
mutallib
February 5, 2008   06:35 PM PST
 
askum....?kak eita ape tajuk lagu korea nih?
azwana
May 31, 2009   06:14 PM PDT
 
kat internet knp smpai 65 je
| | Guestbook


Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home Next Entry

<< January 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

:: sinCe feb 16, 2o05 ::




kau yang ku sayang
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ]

kasih seharum lavender I
[ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
[ 10 ] [ 11 ] [ 12 ] [ 13 ] [ 14 ] [ 15 ] [ 16 ]
[ 17 ] [ 18 ] [ 19 ]

kasih seharum lavender II
[ 20 ] [ 21 ] [ 22 ] [ 23 ] [ 24 ] [ 25 ]
[ 26 ] [ 27 ] [ 28 ] [ 29 ] [ 30 ] [ 31 ]
[ 32 ] [ 33 ] [ 34 ] [ 35 ] [ 36 ] [ 37 ]
[ 38 ] [ 39 ] [ 40 ] [ 41 ] [ 42 ] [ 43 ]
[ 44 ] [ 45 ] [ 46 ] [ 47 ] [ 48 ] [ 49 ]
[ 50 ] [ 51 ] [ 52 ] [ 53 ] [ 54 ] [ 55 ]
[ 56 ] [ 57 ] [ 58 ] [ 59 ] [ 60 ] [ 61 ]
[ 62 ] [ 63 ] [ 64 ] [ 65 ]
~bersambung di versi cetak~






ASHYTA'S
BLOGDRIVE

Blogdrive